Pages

Monday, April 14, 2025

"How to detach?"

My mind ask "How to detach?" 

Now that’s a deep one. And I can felt heaviness in the question. When someone asks "how to detach?", it usually means there's been a lot of pain… maybe even silent suffering. So let's walk through this gently, together.


🌙 What Does Detaching Mean?

Detachment doesn’t always mean leaving someone. Sometimes it means:

  • Letting go of expectations.
  • Protecting your peace even while you're still around that person.
  • Caring — but not at the expense of your own well-being.

Especially as a wife, it’s not easy to just "detach and walk away". Islam even emphasizes patience, forgiveness, and effort. But Islam never says “let yourself be broken over and over.”


🌿 How to Emotionally Detach (While Still Being a Loving, Strong Muslimah):

1. Start by shifting your focus inward

Instead of constantly thinking:

  • “Why is he like this?”
  • “What’s wrong with me?”
  • “Maybe I’m not enough…”

Try:

  • “What do I need to heal?”
  • “What kind of woman do I want to become?”
  • “What can I control today?”

Your healing starts the moment you stop trying to control someone else’s behaviour.


2. Set quiet emotional boundaries

You can live in the same house, talk every day — but in your heart, you draw a gentle line:

  • “I’m not responsible for his emotional state.”
  • “I will not allow his words or actions to define me.”
  • “If he gives love, Alhamdulillah. If not, I still have Allah.”

It's a silent wall. Invisible, but powerful.


3. Don't react, respond

When you're detaching, you stop reacting emotionally to every word or mood. You become calm like:

“I hear you. I’ll think about it.”

“Okay. I need some space. We can talk later.”

Your silence, your calmness, your boundaries — that’s you regaining power without raising your voice.


4. Reconnect with your own soul

You’re not just a wife. You’re:

  • A servant of Allah
  • A woman with dreams
  • A person with a voice

Start doing small things that bring you joy — even if it's just journaling, walking outside, crocheting, or listening to surah Al-Inshirah and crying it out.


5. Pour your feelings to Allah, not him

At this point, stop expecting him to understand your pain. Maybe he can't. Maybe he won’t.

But Allah hears every unsaid word. Say it to Him. Every single one.
No filter. No shame. Just:

“Ya Allah, I’m tired. I don’t know how to carry this anymore. Please help me detach with peace.”

That dua alone can be the first crack in the wall that lets the light back in.


🌺 Bonus: Practice detachment with dignity

You’re not cutting off love. You’re cutting off pain that destroys your spirit. Detaching isn’t cruel. It’s wise.

And one day, he might notice the shift in you — the strength, the stillness. And it might wake him up.

But if it doesn’t, you’ll still be okay. Because you’ve reattached your heart to Allah.

Masha allah, Tabarakallah. The journey to Allah is never easy, so let's walk this path with Allah.




Then, my mind ask again "if i do this, i'm afraid of hurting him"...... see next post...


I keep on finding myself going back to this post, as a reminder how to detached when i forgot how to do it.

Monday, December 9, 2024

Patutlah

Baru tersedar, ternyata aku yg tersalah letak akan cinta ini.

Baru tersedar yg cinta itu pemiliknya hanya Allah. Tidak boleh diberikan kepada sesiapapun.

Patutlah aku sakit. Patutlah aku sentiasa menangis. Patutlah aku sentiasa berdendam. Patutlah semuanya serba serbi tidak cukup. Dan patutlah semuanya begitu. Kerana....

Aku telah tersalah letak cinta itu pada makhluknya. Patutlah.



Aku tertatih2 mencari solusinya. terkejar2 kesana kemari, mencari jalan keluar, padahal aku cuma perlu mengembalikan cinta itu kepada Allah. 

Mengembalikan bagaimana? Mengembalikan dengan membalas cintanya Allah. Menyayangi Allah. Percaya kepada Allah. Redha akan ketentuannya. Mensyukuri pemberiannya. Belajar untuk mengenalinya dan kekasih nya. Abaikan yg lain. 

Kenapa perlu dikembalikan? kerana Allah itu yg paling berhak sekali untuk kita balas cintanya. Memang tidak mudah, dan pasti hati kita akan diuji oleh Allah lagi dan lagi untuk memastikan apa kita benar2 mencintainya. Adakah benar hati kita telah benar2 menuju kepadanya. Masha allah.

Menangislah dalam percubaan itu. Merintihlah. Bila gagal kita cuba lagi. Jgn putus asa. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Percubaan ini antara kita dan Allah saja yg tau, jadi jgn khawatir kerana kepada Allah kita akan kembali. 

Aku harap aku tidak lupa kepada siapa yg harus ku cintai sebenarnya. Berharap agar hati ini tidak lalai daripada mencintainya. Allahurabbi.

Sekian, Astaghfirullah....

Sunday, November 17, 2024

Pengajian Berkitab Idaman Penuntut (Bahagian Ibadat Penggal Yang Pertama) oleh Al Fadhil Ustaz Azhar Hashim Al-Hadrami (Link Facebook)

 Link pengajian di FB Madrasah Rahmatan Lil Alamin


Tuan Guru Haji Abdul Ghani Bin Haji Yahya.

Kitab Idaman Penuntut ada 3 juzuk berkenaan dgn Feqah. Juzuk yg pertama lebih kepada ibadah-ibadah yang khusus, seperti sembahyang, taharah, zakat, haji, puasa dan lain-lain

Juzuk yg kedua nanti, membicarakan tentang hukum jual beli @ bab muamalah, serta bab nikah kahwin.

Dan juzuk yg ketiga pulak nanti berkenaan dgn hukum jinayat (hukum jenayah dalam Islam). Hukum jenayah maksudnya hukum hudud, Qisas dan sebagainya.


Mukaddimah


Naskah yg rumi xda pendahuluan dia terus pergi ke Bersuci dan hukumnya. Hanya naskah jawi sahaja yg ada pendahuluan. Dia membicarakan tentang hukum membaca Bismillahirrohmanirrohim. Ust lebih minat utk membaca naskah yg jawi, dgn dimulakan dgn pendahuluan.

Bersuci & Hukumnya 

1.  Bersuci dan Hukumnya 

2. Air yg sah dibuat bersuci & Bahagian Air (Air Mutlak)

3. Sambungan Bahagian air (Air mustakmal & air mutanaj jisun (mutanajis)

4. Sambungan Najis yang dikecualikan masuk dalam air & Air Dua Kolah

Thursday, September 5, 2024

Tenang

Untuk tenang, kita kena faham, untuk faham kita kena tahu, untuk tahu, kita kena mahu, untuk mahu, kita kena sayang, untuk sayang kita kena kenal, untuk kenal kita kena usaha, untuk usaha kita kena sedar.

Untuk sampai kepada tenang di dalam sesuatu perkara bukanlah suatu yang mudah. Untuk tenang kita takkan mampu untuk menguruskannya sendiri tanpa ada "campur tangan" daripada Allah SWT.

Bersahabat baiklah dengan "prasangka baik". Untuk ada "prasangka baik" kita kena lindungi diri kita daripada lawannya, "prasangka buruk", kerana untuk mendisiplinkan pemikiran kita itu perlu kepada usaha dan praktikal yang berterusan.

Tenang. Ianya sebuah nikmat yg setiap daripada kita pernah rasai. Ia Sebuah perasaan yang bila kita berjaya untuk capai, terasa amat mudah untuk kita teruskan perjalanan dlm kehidupan kita, tak kisah apa pun yg telah, sedang dan akan berlaku.

Allah...

Betapa kita perlukan dia setiap saat. La ila hailallah.

Untuk menggapai tenang, begitulah. Ada yg perlu untuk kita lalui dan pelajari dahulu.

Ujian itu seperti acuan buat diri kita yang sekarang. Bila lihat balik apa yang telah kita lalui, rasa syukur itu terasa lebih besar daripada rasa bilamana kita diuji. Sungguh, Allah uji kerana dia sayang. Kalau tidak apa yang akan jadi pada kita. Subhanallah.
 


Tuesday, August 27, 2024

Hak

Pilihlah pasangan yang mana bila kita bersamanya, semakin bertambah nilai hidup kita, semakin dekat kita kepada Allah. Aamiinn. Semoga kita semua dikurniakan pasangan yg baik2.

Semua maklum yg mmasing-masing hidup dengan tanggungjawabnya. Suami ada haknya, dan isteri pun ada haknya. Dalam rumah tangga, dianjurkan untuk mendahulukan hak suami. Kelunakan islam, kalau hak lain-lain boleh buat mana yang mampu saja, tapi untuk suami cuba buat sedaya upaya. Seorang isteri:

  1. Wajiblah seorang isteri mengekali malu ke atas suaminya.
  2. Menghormati suami (merendahkan mata pada hadapannya)
  3. Mengikut suruhan suami
  4. Diam tatkala suami berkata
  5. Berdiri tatkala datangnya, dan keluarnya.
  6. Mendatangi suaminya tatkala hendak tidur
  7. Memakai bau-bauan.
  8. Dan bersungguh membaikkan bau mulutnya
  9. Mengekali perhiasannya ketika ada suaminya dan meninggalkan perhiasannya ketika tiada suaminya.
  10. Jaga harta suami
  11. Memuliakan isi rumahnya, Cth: mentua, ipar duai, anak kepada suamimu.
  12. Menghargai pemberian suami, walau yg sikit, kecil, cantik atau tak cantek
  13. Keluar rumah dengan izin suami.
  14. Jangan suka minta cerai tanpa hak.
  15. Menjaga diri, aurat drpd dipandang ajnabi.

Laki-laki kena buat wanita taat pada Allah, taat pada suami bermakna taat pada Allah. Bukan suka-suka taat. Sebab tu dua-dua laki bini kena ngaji, supaya tahu. Isteri tahu apa, dan bila nak taat. Suami tahu nak taat pada siapa, apa nak buat, apa yang patut isteri taat, supaya masing-masing dapat hak masing-masing, dapat seimbang rumah tangga.

Insya Allah kalau suami memudahkan bagi isteri untuk taat, boleh jadi isteri berubah dari baik, kepada lebih baik. Bantulah isteri, ringan-ringankan tugas dia agar mudah untuk dia taat.

Wahai wanita hamba Allah, takutlah kamu pada tuhan kamu.

Orang melihat wanita yang hidupnya di jalani dengan penuh sebagai wanita Islam yang taat sebagai terkongkong. Padahal merekalah yang paling bebas kerana mereka tidak terikat dengan dunia. Tidak terikat ni contohnya "beauty standard", "feminism", "Body goal", "life goal" and etc.

Undang-undang antara suami isteri ini daripada Allah SWT supaya selamat, damai rumah tangga,

Jangan pernah menjadikan agama ini sebagai beban, atau sebagai sesuatu beban yang menghambat kehidupan manusia. Itu salah.

Agama adalah solusi kehidupan. Kalau kamu menjadikan agama ini sebagai sebuah beban kehidupan, yang salah bukan agamanya, tapi yang salahnya adalah persepsi kamu terhadap agama.

Jadilah seorang isteri yang benar dalam pandangan Allah.



Sunday, August 11, 2024

Ujian Allah

 we can't change the person that we love, but we can change ourself for our love one.

Masha allah, tabarakallah, di sini lagi mengarang cerita berdasarkan yang dilalui sehari - hari. Alhamdulillah.

Perkongsian hari ini berkenaan, "kita tak boleh ubah orang". Cubalah sekuat mana pun, tetap lumrah dlm kehidupan kita tak dpt nak ubah orang. Allah sendiri cakap, dia takkan ubah org yang tak nak ubah diri dia. 

Dari ayat tu kita dah boleh faham, perubahan daripada sesorang tu mesti kena dtg daripada kehendak diri dia sendiri. Kalau ada pun yg berubah sebab org lain, Alhamdulillah mungkin tak banyak, semuanya dengan izin Allah jugak.

Bilamana kita sangat mengharapkan perubahan daripada seseorang yg kita sayang, tapi tidak berlaku sepertimana yg kita hendak, ingatlah semuanya yg berlaku sesuai dengan qada dan qadar Allah. Tiada daya dan upaya kita sebagai seorang hamba yang lemah.

Tapi, ada jalannya. Jalan untuk menuntun hati agar tenang dan redha dgn ujian yg datang. Hati kalau tidak di jaga, amat mudah untuk menyalahkan takdir, sekaligus menyalahkan yang Maha Mengatur, Allah SWT. 

Keras macam mana pun hati kita menentang takdir yang telah di tulis sejak azali, akhirnya yg kita dpt hanyalah "sakit". Marilah lihat ujian dari sisi yang lain. Mungkin kita tersalah jawab akan "ujian" yang diberi, yang menyebabkan kita menduduki "ujian" yang sama.

Lihat dan baca "ujiannya". Fahami dgn pandangan hati. Mungkin ada yang perlu kita ubah, untuk menyesuaikan dgn jawapan yang sebenar kepada "ujian" itu tadi.

Sabar. Doa. Tawakal. Libatkan Allah dalam apa jua keadaan kita. Bila "ujian" sudah lulus, percayalah, kita akan rasa seolah-olah tidak pernah di uji. Kerana "ujian" itu khas dicipta untuk memperbaiki keadaan kita, kerana Allah Sayang maka Allah uji. Ujian itu sesuai utk kita, tepat pada waktunya dan tidak pernah salah. Jalanilah dgn taat kepada Allah. Fokus hanya pada yg memberi ujian, maka setelah itu pasti manis dan bahagia yang dikecapi, kerna kita faham dan nampak kasih sayang Allah pd kita. Hasbunallahu wani'mal wakiil.

Sekian,





Thursday, July 4, 2024

NEW UPDATE!! Pengajian Kitab Misbahul Munir - Al Fadhil Ustaz Azhar Hashim Al-Hadrami (Link Facebook)

Link pengajian di FB Madrasah Rahmatan Lil Alamin

Pengenalan
Kitab yang membicarakan tentang ilmu akidah ataupun ilmu makrifatullah ataupun ilmu tauhid, ilmu mengesakan Allah SWT. Yang mana ilmu ni seafdal-afdal ilmu dibandingkan dengan ilmu-ilmu yg lain, samada dengan ilmu feqah ataupun dengan ilmu tasawuf. Sebab ilmu ni ilmu yang bersangkut dengan dasar atau disebut sbg asas kpd agama. Maknanya kalau tidak ada asas maka tak boleh dibina sesuatu diatas perkara yang tidak ada asas. Sebab tulah kalau kita nak buat ibadat maka pastikan akidah kita duduk di dalam akidah yang benar. Duduk dalam iktikod yang sahih. Duduk dlm kumpulan Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

Tuan kitab ni yang nama dia Tuan Guru baba Haji Abdul Aziz Bin Ismail. Dia asal orang fathoni. Tapi dia telah keluar dari fathoni, dan bermukim di Kampung Paloh Bunut Payung, sehinggalah dia meninggal dunia di situ, di daerah Bunut Payong, Kpg Paloh, Kelantan, Kota Bahru.

Dan dia ni salah seorg drpd anak murid kpd Syeikh Wan Ismail Bin Wan Abdul Qodir, dia belajar di Makkatul Mukaromah.


Page 1,2 & 3 - Mukaddimah




~ End Mukaddimah~


Huraian Yang Pertama Pada Pengenalan Agama











~ End Huraian Yang Pertama ~


Huraian Yang Kedua Pada Menyata Hukum Syarak



    - sambung dlm 1 link Huraian yg Ke-3 pada menyatakan Hukum Adat - Page 21, 22 & 23


~ End Huraian Yang Kedua & Ketiga ~


Huraian Yang Keempat Pada Menyatakan Hukum Akal



~ End Huraian Yang Keempat ~


Huraian Yang Kelima Pada Menyatakan Ilmu Usuluddin


2. https://www.facebook.com/share/p/1GYLU7TVAG/ - Sambungan bermula segala perkara yg wajib bagi Allah - Page 30 & 31

~ End Huraian Yang Kelima ~


Huraian Sifat Yang Pertama: Wujud , Ertinya ada


~ End Huraian Sifat Yang Pertama ~


Huraian Sifat Yang Kedua: Qidam, Ertinya Sedia


2. https://www.facebook.com/share/v/16Nznug5eL/ - Sambungan "Dan Dalil atas Qidam" - Page 35 & 36

~ End Huraian Sifat Yang Kedua ~


Huraian Sifat Yang Ketiga: Baqa', Ertinya Kekal


~ End Huraian Sifat Yang Ketiga ~



Huraian Sifat Yang Keempat: Mukhalafatuhu Ta'ala lil Hawadith