Posts

Showing posts from 2022

Nota ringkas berkenaan definisi Akhlak @ Adab

Image
Sesi pengajian Kitab Al-Adab Al-Mufrad by Habib Ali Zaenal Abidin. (Siri 1) Definisi Akhlak = Tabiat seseorang samada baik atau tidak baik. Akhlak @ Tabiat itu terbahagi kepada dua iaitu: DOA MEMINTA AKHLAK YANG BAIK:

Nota Ringkas dari pembelajaran Re live Tadabbur Surah Ali-Imran ayat 102 by Ustazah Sholihah Kaswari

Image
Assalamualaikum kalian semua, Alhamdulillah hari ni saya nak kongsikan nota yang di ambil daripada sesi Re-live Ustazah Sholihah Kaswari tentang tadabbur ayat 102 dari Surah Ali-Imran. Link untuk full video akan saya sertakan sekali. Semoga ilmu yang kita peroleh bermanfaat untuk kita dunia & akhirat sekaligus dipermudahkan untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita. Aamiin Allahumma Aamiinn. Link full video : https://fb.watch/gxq7b39m9o/ NOTA PEMBELAJARAN  Tadabbur Surah Ali-Imran : ayat 102 Surah Ali-Imran : ayat 102 SOALAN 1: TAKWA SEBENAR-BENAR TAKWA ITU BAGAIMANA? - "Ittaqullah ha haqqotuqotih" bermaksud bertakwalah dengan sebenar-benar takwa. Apa itu takwa sebenar-benar takwa? - Takwa seperti yg kita sudah sedia maklum, adalah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Konteks takwa dlm ayat ini tidak sampai takat itu saja. Kita diseru utk meingkatkan lagi tahap ketakwaan kita kepada takwa yang sebenar-benar takwa yg membawa kpd husnul...

Nota RSM 🚗: Untuk JPJ Test

Image
Nota RSM ( Rutin Sebelum Memandu ) Nota RSM: Panduan Lengkap Sebelum Memandu 🚗 Ini adalah sambungan daripada nota RPK (Rutin Pemeriksaan Kereta). Selesai sahaja RPK, anda akan diminta masuk ke dalam kereta untuk rutin seterusnya, iaitu RSM (Rutin Sebelum Memandu). Ikut langkah-langkah di bawah dengan teliti. Ingat, hanya bahagian yang di bold kan sahaja perlu anda sebut dengan jelas kepada penguji. Langkah-Langkah Rutin Sebelum Memandu (RSM) Atur Kedudukan Kerusi Pastikan kaki anda selesa untuk menekan pedal minyak dan brek. Pastikan tangan anda boleh memegang stereng dengan selesa. Atur Cermin Pandang Belakang Atur Cermin Sisi Kiri dan Kanan Tali Pinggang Keledar Berfungsi Tarik dan sentak tali pinggang keselamatan sebanyak dua kali. Sebut: " Tali pinggang keledar berfungsi. " Pasang Tali Pinggang Keledar Mula Enjin Kenderaan Tekan brek dan pusingkan kunci untuk menghidupkan enjin. Sebut Simbol pada Meter Perhatikan simbol-simbol yang menyala pada papan pemuka. Sebut: ...

Ujian Litar JPJ: Bahagian Bukit ( Ini Pengalaman Saya )

Image
  Panduan Lengkap Ujian Litar JPJ (Bahagian 1): Ujian Bukit 🚗 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua! Hari ini saya nak kongsikan pengalaman peribadi saya untuk ujian litar, sambungan daripada nota RPK yang lepas. Anda boleh baca semula panduan RPK di sini:  ðŸ‘‰  RPK (Rutin Pemeriksaan Kereta) untuk ujian JPJ (bagaikanputeri95.blogspot.com) Selesai sahaja ujian RPK, tibalah masanya untuk ujian litar. Bagi anda yang mengambil lesen auto, ada sedikit tambahan pada ujian litar, iaitu bahagian Ram . Ramai yang gagal di sini kerana terlalu gementar, sehingga terpaksa mengulang ujian dan menanggung kos tambahan. Jangan risau, anda boleh lakukannya! Sentiasa bertenang dan jangan panik. Fokus pada apa yang anda sudah pelajari, dan jangan terganggu dengan calon lain. Peringatan: Gambar litar yang digunakan di sini adalah untuk rujukan sahaja dan bukan hak milik saya. Nota ini juga berdasarkan pengalaman peribadi saya dan mungkin berbeza mengikut tempat anda. Langkah-...