Nota RSM 🚗: Untuk JPJ Test
Nota RSM ( Rutin Sebelum Memandu ) Nota RSM: Panduan Lengkap Sebelum Memandu 🚗 Ini adalah sambungan daripada nota RPK (Rutin Pemeriksaan Kereta). Selesai sahaja RPK, anda akan diminta masuk ke dalam kereta untuk rutin seterusnya, iaitu RSM (Rutin Sebelum Memandu). Ikut langkah-langkah di bawah dengan teliti. Ingat, hanya bahagian yang di bold kan sahaja perlu anda sebut dengan jelas kepada penguji. Langkah-Langkah Rutin Sebelum Memandu (RSM) Atur Kedudukan Kerusi Pastikan kaki anda selesa untuk menekan pedal minyak dan brek. Pastikan tangan anda boleh memegang stereng dengan selesa. Atur Cermin Pandang Belakang Atur Cermin Sisi Kiri dan Kanan Tali Pinggang Keledar Berfungsi Tarik dan sentak tali pinggang keselamatan sebanyak dua kali. Sebut: " Tali pinggang keledar berfungsi. " Pasang Tali Pinggang Keledar Mula Enjin Kenderaan Tekan brek dan pusingkan kunci untuk menghidupkan enjin. Sebut Simbol pada Meter Perhatikan simbol-simbol yang menyala pada papan pemuka. Sebut: ...