Mencintai Kerana Allah: Bukan Sekadar Kata, Tetapi Ujian
Pernahkah kita benar-benar memahami makna "mencintai seseorang kerana Allah" ? Kalimat ini lebih daripada sekadar ucapan di bibir; ia adalah janji yang akan diuji. Setiap perkataan yang kita lafazkan akan diuji dengan cubaan. Mencintai kerana Allah bermakna kita diuji berulang kali dengan ujian yang mampu mematahkan setiap sebab kita mencintai seseorang—sehingga yang tinggal di hati kita hanyalah Allah . Dia menjadi alasan utama kita mencintai pasangan kita (suami atau bakal suami). Memahami Cinta Kerana Allah Dalam sebuah perkahwinan, cinta kerana Allah bermaksud apabila selepas menempuh pelbagai ujian dan cabaran, yang tersisa di hati kita hanyalah Allah. Ini bermakna, kita melihat keindahan hubungan pasangan kita dengan Allah. Itulah yang menjadi alasan untuk kita terus mencintai mereka, kerana melalui mereka, kita dapat meraih redha Allah. Contohnya, Ketaatan mereka pada perintah Allah. Cara mereka menjaga diri dan batasan pergaulan. Istiqamah mereka dalam menuntut ilmu ...