Posts

Showing posts from November, 2023

Cinta dan Keredhaan: Panduan Memahami Hubungan Bersama Ibu Bapa

Image
>Cinta dan Keredhaan: Panduan Memahami Hubungan Bersama Ibu Bapa "Kita tidak dapat memilih siapa ibu bapa kita. Kita juga tidak dapat memilih siapa anak kita." Kalimat ini membuka lembaran penting dalam kehidupan. Sesungguhnya, ibu bapa kita adalah sebahagian daripada takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Ada ibu bapa yang menjadi sumber syukur, lantas kita berasa berterima kasih atas nikmat yang Allah kurniakan ini. Namun, ada juga ibu bapa yang menjadi ujian; mereka yang bersikap kasar, suka membanding-bandingkan, atau mudah mengherdik. Ini semua adalah ujian bagi anak-anak mereka. Tetapi, ingatlah firman Allah, "la yukallifullahu nafsan illa wus 'aha" (Al-Baqarah: 286) – Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Ujian ini diberikan kerana Allah tahu, kita mampu menghadapinya. Peranan Ibu Bapa dan Anak Buat Para Ibu Bapa: Janganlah sampai kita menjadi ujian bagi anak-anak. Jangan biarkan hati mereka berpaling dari...

Trend video guna nama surah dalam Al-Quran tapi takda show ayat pun.

Image
Assalamualaikum para pembaca, kali ni nak share potongan ayat Al-Quran yg digunakan dlm video seperti tajuk di atas, yang tengah trending sekarang ni. Contoh ayat yg diaorang pakai mcm kat bawah, and ada letak surah apa dan ayat berapa. So here it is, i make it easier for you gais to see and refer. 1. Kamu itu milikku bukan milik yang lain - Surah Al-Baqarah : Ayat 156 2. Aku Bersumpah akan mencintaimu dengan cara yang berbeza - Surah Al-Ahzab ayat 43 3. Letakkan Aku dalam hatimu maka aku akan meletakkan kamu dalam hati-ku - Surah Al-Baqarah ayat 152  4. Aku akan berlari ketika kamu memanggil namaku  - Surah Al-Baqarah ayat 186 5. Jangan galau hambaku aku selalu bersamamu dan selalu ada untukmu - Surah At-Taubah ayat 40

Veiled Women: Keinginan, Ilmu, dan Istiqamah

Image
Veiled Women: Keinginan, Ilmu, dan Istiqamah Wanita Berpurdah: Keinginan, Ilmu, dan Istiqamah Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini, saya ingin berkongsi coretan hati tentang wanita berpurdah. Saya percaya, jauh di sudut hati setiap muslimah, pasti ada sedikit perasaan atau keinginan untuk memakai pakaian syariat. Pakaian Syariat dan Kepentingannya Ramai yang teringin untuk memakai pakaian yang lebih menutupi aurat. Namun, pemakaian syariat yang berpanjangan — insyaAllah, sehingga ke akhir hayat — memerlukan gabungan dua perkara penting: Pakaian Syariat + Ilmu = Pemakaian Berpanjangan (Istiqamah) Ilmu yang dimaksudkan di sini adalah ilmu fardu ain , yang wajib dipelajari oleh setiap mukallaf. Ilmu ini merangkumi tiga (3) bidang utama: Tauhid: Ilmu untuk mengenal Allah. Fekah: Ilmu tentang hukum-hakam ibadah. Tasawuf: Ilmu tentang penyucian jiwa. Ilmu-ilmu ini akan banyak membantu kita, terutamanya wanita, dalam mengendalikan emosi dan perasaan. Emosi wanita sering kali sukar...