Follow saya, thank you

My photo
nfrh_n blog
Assalamualaikum, terciptanya blog ini dimulakan dengan perkongsian nota-nota. Dan akan diteruskan insya allah dengan perkongsian ilmiah di masa akan dtg. Terima kasih kerana sudi membaca. Jazakallahu khair.

Recent in Technology

Kasih


Kasih

Kita tidak dapat pilih siapa orang tua kita. Kita juga tidak boleh pilih siapa anak kita.

Ada orang tua yang menjadi bahan syukur buat kita, maka berterima kasih lah kepada Allah kerana ianya nikmat daripada Allah.

Dan ada juga orang tua yang menjadi ujian buatnya. Yang kasar, yang keras, orang tua yang suka membanding-bandingkan, suka pukul, suka mengherdik, mereka jadi ujian bagi anak-anaknya.

Tapi kamu harus tau, “la yukallifullahu nafsan illa wus 'aha”, (Surah Al-Baqarah: Ayat 286) Allah tidak akan memberi ujian kepada sesiapa pun di luar batasnya seseorang.

Jika kamu sebagai orang tua, jangan sampai kamu jadi orang tua yang menjadi ujian bagi anak-anak mu untuk menghadapi dirimu. Jangan buatkan anak mu berpaling hati darimu. Tetaplah redha kepada mereka kerana kalau kamu tidak redha kepada dia, Allah juga tidak redha kepadanya. Kalau seorang anak yang tidak diredhai oleh Allah, Allah akan membiarkan dia semakin tersesat dalam dosa-dosa, semakin tenggelam di dalam keburukan.

Kenapa? kerana Allah jadikan keredhaan mu sebagai keredhaan Allah kepada mereka. Besarnya perananmu sebagai orang tua.

Jadilah org tua yg memudahkan bagi anak nya untuk berbakti kepadanya. Orang tua yang tidak mudah menuntut, suka marah anak-anak, orang tua yang tidak keras pada anak, tidak mudah lupa akan jasa anak-anak.

Mudah-mudahan kamu menjadi orang tua yang jadi alasan buat anakmu untuk semakin syukur kpd Allah SWT kerana memilikimu.

Jadi kalau kamu punya orang tua yang tidak baik, itu ujian yang Allah SWT berikan dalam kehidupanmu untuk kamu terus belajar sabar kerana disanalah nilai mu di sisi Allah SWT.

Penting bagi mu untuk mendapatkan keredhaan orang tua. Jika kamu masih ada orang tua, mintalah keredhaan daripada mereka. Harus hati-hati.

“Tapi mereka kasar, mereka buat jahat pada saya, mereka tidak adil pada saya”, betul, ya sebisanya kamu hindari kekasaran mereka, hindari sebab nya orang tua kamu begitu. Cth: apa yg bikin mereka marah, usaha utk tidak lakukannya & doakan terus buat mereka supaya dilembutkan hati, semakin dekat kepada Allah SWT dan sebagainya. Jangan sampai mereka tidak redha padamu. Jangan sampai putus hubungan, dan jangan kasar terhadap mereka.

Yang suruh kita taat itu Allah. Urusan taat itu ada pada arahan Allah, bukan pada org tuanya. Taat kerana Allah yang selebihnya kita serahkan pada Allah. Urusan mereka menzalimi mu atau tidak adil padamu, serahkan saja pada Allah. Teruskan berusaha untuk berbuat baik pada mereka walau mereka menolakmu, kerana bila sudah kehilangan mereka, kita pasti akan rindu pada mereka. Rindu yang berat tidak tersampaikan kerana sudah berpisah alam.

Penting juga untuk kita tahu, ada dua dosa yang dipersegerakan azabnya di dunia

1. Dosa orang yang zalim terutamanya kepada orang-orang soleh. cth: org bunuh nabi, musuhi para wali, tak senang dengan orang soleh & ulama' tak kisah mereka masih hidup atau yang telah meninggal dunia

2. Anak-anak yang derhaka pada orang tua. Balasannya disegerakan di dunia. Begitu juga kalau ada orang yang berbakti sama org tua, yarhamukillah, pasti juga disegerakan balasan baiknya di dunia. Bahkan orang yang bukan muslim sekalipun, juga dapat yang sama.

Jadi, kalau kamu rasa hidup kamu susah sangat, cari tahu bagaimana hubungan kamu dengan orang tuamu. Semak balik. Usahalah untuk perbetulkan hubungan sementara masih ada. Bagi yang telah tiada, doakan buat mereka, sedekah kan amalan pada mereka seperti, pahala wakaf, pahala sedekah dan sebagainya. 


Sekian perkongsian, Masha allah Tabarakallah.




Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement