VEILED WOMEN
ramai yg teringin memakai seperti ini, percayalah setiap muslimah, kalau tidak bnyak, pasti ada tersimpan sedikit perasaan dan keinginan di dalam hati untuk memakai pakaian syariat.
Ini kaedah untuk memakainya:
>> Pemakaian syariat + Ilmu = Pemakaian masa panjang (Semoga dapat pakai sampai mati)
> Ilmu yang boleh dipelajari adalah ilmu fardhu ain (Ilmu wajib dipelajari oleh setiap mukallaf), yg dimulai dengan 1. Tauhid 2. Feqah 3. Tasawuf
Ilmu ni nanti akan banyak membantu kita perempuan untuk menata emosi dan perasaan kita yang sudah umum amat sulit dikendalikan walaupun bagi perempuan itu sendiri. Kalau kaum lelaki ja boleh pening dgn kita apatah lagi diri kita sendiri, gitu.
Alhamdulillah kalau emosi & perasaan kita sudah boleh dikendalikan dengan ilmu maka ibadah pun semakin mudah untuk dilaksanakan. Tahu tak, yang buat kita susah nak taat akan perintah Allah ni sebenarnya kejahilan kita sendiri. Kita tak nak ngaji dan tak nak faham dengan agama kita sendiri malah semakin mengelak bilamana di nasihatkan. Yelah perempuan asyik nak betul memanjang. Takut nak mengaku salah. (statement ni dtg dari saya sendiri sbg seorg perempuan yer hihi)
Kita lebih mengutamakan keinginan dan nafsu kita daripada perintah Allah sendiri. Lebih teruk lagi bila kita dah tahu, tapi buat-buat tak tahu, sebab rasa nikmat bila buat ingkar. Wal'iyazubillah, semoga Allah pelihara kita. Dari mana saya tahu? kerana saya pun pernah di dalam kejahilan itu sendiri, dan mintak korang doakan saya semoga saya terus istiqomah belajar fardhu ain sampai lepas dan lulus. Aamiinn ya robbal 'alamin.
Belajar agama tak boleh ikut nafsu, tak boleh main pilih-pilih nak belajar satu ja, yg lain tolak tepi. Contoh: nak nikah belajar bab pernikahan jer, tapi bab sembahyang dan beristinjak masih kurang pengetahuan. hemmm kita tak boleh pilih-pilih soal agama, sebab setiap satu pasti terkait dengan satu yang lain. Kita tanam niat, nak ngaji sebab nak keluarkan diri kita daripada kejahilan. Bila kita dah tahu, jadi tak susah lah nak kerjakan perintah Allah sebab kita dah tahu, aaa gitu, Semoga Allah permudahkan. Take small step later on become big....kekeke
Dengan Ilmu ini juga insya allah kita boleh menjadi wanita yg hebat dan berkualiti. Sudah tentu, semuanya memerlukan proses dari tangga 1 ke tangga 2 dan seterusnya. Ianya tidak mudah dan tidak juga terlalu berat untuk difahami. Usaha tangga kejayaan. Di akhirat nanti takda dah belajar-belajar semua ni, di dunia ja.
Nak belajar kena jaga niat kita sepenuhnya kerana Allah sebab nak jaga niat ni susah. Bila2 masa syaitan boleh memesongkan niat pada waktu kita lalai dan terutamanya pada waktu-waktu lemah kita.
Masha allah, la hawla wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'adzim. Coretan ini dikongsikan dengan tujuan nasihat buat diri sendiri sebagai wanita yang berada di akhir zaman.
Sedikit nasihat, "Tidak usah kerap melihat pada org lain dan mencari kesalahan, tetapi lihatlah pada diri sendiri sudah cukup menginsafkan diri."
Alhamdulillah 'ala kulli haal, semoga bermanfaat.
Assalamualaikum.
0 Comments