Usaha bekerja mencari rezeki dan Percaya pada rezeki itu sudah ditentukan oleh Allah.
Antara:
1. "kenapa kamu bekerja? kerana kalau x bekerja saya tak dpt rezeki"
ATAU
2. "kenapa kamu bekerja? kerana Allah suruh saya bekerja, dan Allah janjikan rezeki"
**No. 1 dia meletakkan kepercayaan dgn dia bekerja baru dia dpt rezeki
**No. 2, faham bahawa Allah yg suruh dia bekerja a.k.a usaha (taat pada Allah), dpt tak dpt rezeki itu urusan Allah.
Contoh situasi dalam dialog:
A: "Adakah kalau kamu tak bekerja, Allah tak bagi rezeki?" "
B: "Allah maha berkuasa memberikan rezeki baik org bekerja atau tidak."
A: "Lalu kalau kau bekerja Allah tak bagi rezeki?"
B: "aku kalau bekerja Allah tak bagi rezeki, maka aku beribadah dengan bekerja."
Ada org keluar drpd rumahnya cari rezeki, balik rumah x dpt apa2. Tetap keluarnya dia itu sudah dikira satu ibadah, sbb keluar mencari rezeki. Jadi jgn risau soal rezeki.
Kefahaman tentang IBADAH dan REZEKI itu sangat luas. Bilamana kita sempitkan maknanya, maka kita mudah utk terlepas pandang akan nikmat yg Allah berikan pada kita yg lebih besar yg selama ini kita tidak tahu.
Rezeki itu luas, bukan hanya dari segi duit sahaja. Ilmu, kawan yg baik, pasangan yg baik, anak yg soleh, kesihatan, makanan, kemudahan dlm urusan juga rezeki drpd Allah.
Ibadah pula bukan hanya sekadar solat, puasa, haji, zakat sahaja, bahkan taat akan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangannya sprti, berbuat baik terhadap org tua, taat akan suami, menggembirakan orang, membantu orang di kala kesusahan, segala bentuk ketaatan kita pada Allah dikira ibadah juga kerana kita buat kerana Allah semata-mata.
1 Comments
Assalamualaikum,
ReplyDeleteRezeki itu sudah ditentukan Allah utuk hambaNya , setiap hari ada saja rezekinya. Tak kira banyak atau sedikit. Asbab umtuk dia mencarii rezeki itu, bukanlah dengan bekerja atau usaha itu yang menentukan banyak atau sedikit rezreki Nya, tetapi langkah pertama itu sebagai syarat sahaja. Maqam asbab saja. Kalau Allah dah sediakan hari ni banyak, usaha sikit pun dapat banyak. Kalu mmg hari ni takdir dia sikit maka usaha banyak pun dapat sikit juga.
Wallahualam bissawab.