Follow saya, thank you

My photo
nfrh_n blog
Assalamualaikum, terciptanya blog ini dimulakan dengan perkongsian nota-nota. Dan akan diteruskan insya allah dengan perkongsian ilmiah di masa akan dtg. Terima kasih kerana sudi membaca. Jazakallahu khair.

Recent in Technology

"mencintai kerana Allah"

 Nak share sikit....

Baru tersedar yang perkataan "mencintai seseorang kerana Allah" tu bukan hanya sekadar di bibir, it comes with a test. You shall be tested for every word that you utter. gitu lah bunyi nya.

Kerana untuk mencintai seseorang kerana Allah, kita kena lalui berkali-kali cubaan dan ujian yg mematahkan segala sebab musabab yg menyebabkan kita mencintai seseorang itu (suami/bakal suami kita, not apply to couple its haram, astaghfirullah) sehingga yg tinggal di hati kita hanya Allah. Allah yg menjadi sebab utama utk kita mencintai si dia. Macam mana tu?

Mencintai kerana Allah tu boleh dikatakan mcm ni, cth dlm hubungan suami isteri, selepas satu persatu ujian sepanjang perjalanan dlm mengenal pasangan kita, tolak tambah perasaan dan rasa yg berlaku dek kerana ujian yg tersisa di hati kita hanyalah  Allah sahaja. Maksud "hanya Allah sahaja" tu ialah hubungan pasangan kita terhadap Allah, itulah yg membuatkan kerana di situ ada tempat utk kita meraih redhanya Allah. 

Contoh, dari cara taatnya dia pada perintah Allah, dari cara dia menjaga dirinya, menutup aurat, pergaulan yg tidak bermudah-mudahan pada ajnabi, dari istiqomahnya dia mengaji ilmu, mengamalkan ilmunya, dari wiridnya bahkan dari amalan sehariannya, semua itu boleh membawa keyakinan kpd kita yg bilamana kita bersama dgnnya boleh mendekatkan kita lagi pada Allah. We see Allah in our partner. 

Kerana itu bila kita memilih pasangan kerana agamanya, kita akan bahagia. Make sure "beragama" dan "agama" ni berbeza ya. Agama tu mcm identiti dia, agama apa? Agama islam. Manakala, "beragama" tu bermaksud dia yg menjalankan agamanya sesuai dengan syariat islam yg telah dtgkan ke atas Rasulullah S.A.W daripada Allah SWT untuk disampaikan kepada umatnya, dan dia boleh apply syariat agama ke atas kehidupan sehariannya. Ini kerana pada akhir zaman ni, berapa ramai yg agamanya Islam tapi tidak menjalankan islamnya itu. wal iya zubillah. 

Untuk mendapatkan pasangan yg "beragama" maka sudah semestinya kita sendiri pun kenalah "beragama". Kerana utk mengenali pasangan yg "beragama" tu kita kenalah tahu "beragama" itu mcm mana. 

Jadi bilamana Allah menjadi sebab utama untuk kita mencintai pasangan kita, automatically, segala kekurangan drpd pasangan kita (bukan permasalahan dari segi syariat islam cth tak solat, tidak mendidik agama pada pasangan, kaki pukul & etc) kita masih boleh menerimanya dgn hati yg lapang dan terbuka. Sudah tentu, tidak mudah dilakukan semudah berkata2. Semuanya ada prosesnya. 

Percayalah takkan sia-sia bilamana kita menyerahkan diri kita sepenuhnya pada Allah. Allah itu Maha Menghargai setiap hambanya.

Saya doakan yg baik2 sahaja buat yg sedang, telah dan bakal mendirikan rumah tangga. Semoga kalian bahagia bersama pasangan masing2 dan dipermudahkan segala urusan kalian. Dipermudahkan untuk taat akan perintah Allah SWT. Aamiinn.

Hidup bersyariat tidak pernah merugikan sesiapa pun. Malah menjadi penambah baikkan di dalam kehidupan seharian kita. Islam is the way of life and the best life is with Islam. Masha allah, tabarakallah. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Terima Kasih ya Allah untuk cinta mu.




Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement