Tadabbur Surah Ali-Imran : ayat 102
Surah Ali-Imran : ayat 102 |
SOALAN 1: TAKWA SEBENAR-BENAR TAKWA ITU BAGAIMANA?
- "Ittaqullah ha haqqotuqotih" bermaksud bertakwalah dengan sebenar-benar takwa. Apa itu takwa sebenar-benar takwa?
- Takwa seperti yg kita sudah sedia maklum, adalah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Konteks takwa dlm ayat ini tidak sampai takat itu saja. Kita diseru utk meingkatkan lagi tahap ketakwaan kita kepada takwa yang sebenar-benar takwa yg membawa kpd husnul khotimah atau mati dalam keadaan Islam.
- Untuk menuju ke arah husnul khotimah yang juga merupakan destinasi atau pengakhiran yang kita mahukan, maka kita harus jalani dulu jalan yang menuju husnul khotimah itu, iaitu dgn jalan Takwa sebenar-benar takwa.
- Bait "Haqqo tu qottih” (takwa sebenar-benar takwa) itu tadi telah di tafsirkan oleh Sahabat yg bernama Abdullah Bin Mas'ud R.A. bahwa yg dikatakan takwa sebenar-benar takwa itu adalah:-
1. Allah itu ditaati jangan di derhakai walau sesaat
pun
2. Allah itu diingati jangan dilupakan walau sesaat pun
3. Allah itu disyukuri jangan dikufuri walau sesaat
pun.
- Dari sini kita lihat, untuk meningkatkan taqwa itu memerlukan untuk kita, taat, ingat dan syukur kepada Allah tanpa dilupakan, diderhakai dan dikufuri walau sesaat pun. Tidak teruang sikit pun waktu untuk di sia-siakan dengan mengarahkan fikiran, hati dan pergerakan kita sepenuhnya kepada Allah.
- Terasa berat untuk diamalkan bukan?. Perkara ini juga turut dirasai oleh para sahabat zaman Rasulullah sehingga mereka pergi mengadu kepada Rasulullah S.A.W.
- Maka turunlah ayat Surah At-Taghabun ayat 16;
- Di ayat ini Allah menjelaskan tentang bagaimana utk “ittaqullahu haqqotuqotih” pada ayat 102, Surah Ali-Imran iaitu dengan “mastato’tum” - sedaya upaya kamu, pada ayat 16, Surah At-Taghabun di atas, yg juga bermakna “sekadar kemampuan kamu.”
- Namun ayat “mastato’tum” - sedaya upaya kamu ini tidak boleh mengikut maksud pola pemikiran melayu kita, yang lebih dilihat dan difahami sebagai istilah SUKA-SUKA nak buat-buat, tak nak takpa. Namun, yang sebenarnya bukan begitu. “Istito’ah” dalam terminologi bahasa arab itu adalah melakukan sesuatu pekerjaan sampai tahap maksimum. Ertinya kita betul-betul telah mengerahkan segala kudrat, segala potensi & kemampuan kita pada tahap tertinggi.
- Jadi selalunya kalau kita sudah buat sampai tahap maksima, dan telah mengerahkan seluruh kudrat kita, yang sehingga badan kita berasa lelah, letih, lemah, dan tak berdaya. Bila sudah kepenatan itu mudah sangat untuk tidur. Seperti org yang tidak ada daya dah nak tumbang dah. ( ini hanya untuk bagi faham maksud sedaya upaya dalam ayat di atas )
- Jadi, takwa itu memerlukan tahap maksima yang terbaik lagi tertinggi kita. Berusaha untuk maksimakan ingatan, ketaatan & kesyukuran kita kepada Allah S.W.T. Kita tidak akan rugi apa-apa pun malah ditambahkan lagi oleh Allah segala kebaikan ke atas kita. Masha allah, Tabarakallah. Allah punya 3 hak daripada hamba-hambanya dan kita juga punya 3 kewajiban untuk tuhan kita. HAK ALLAH ADALAH KEWAJIBAN KITA.
- Maka tunaikanlah hak Allah nescaya Allah pun akan menolong kita melalui 3 hak tadi. Jadi, kita pun bila mendatangi solat nanti jadi bahagia, jadi tenang. Bila hendak menjalani ketaatan yang lain pun terasa ringan, tak ada rasa berat atau beban sebab Allah dah bantu kita. Makanya ustazah cakap “Kalau lapar itu jangan makan roti sepotong-sepotong, atau separuh-separuh, takkan kenyang.” Kita nak pengakhiran yang baik, jadi kita kena buat yang terbaik, sedaya upaya kita & semaksima kita. Setelah itu kita bertawakal. Berakallah & bertawakallah selepas itu kpd Allah.
- Tetapi bagaimana kalau kita seorang yg berkerjaya? Kan takda masa? Ustazah cakap, lihat pada ilustrasi yang terhasil daripada pemerhatian terhadap fenomena Alam.
1. Lihat pada lebah. Sebanyak mana dia menghisap sari pati bunga sebanyak itulah dia akan menghasilkan madu
2. Lihat pada bulan purnama. Sebanyak
mana dia menghadap kearah matahari sebanyak itulah cahaya yang akan dipantulkan
ke permukaan bumi.
- Jadi kita juga begitu, sebanyak mana kebaikan yg kita inginkan sebanyak itulah kita kena tingkatkan ketaatan, ingatan, dan kesyukuran kita terhadap Allah kerana yang di mahukan kita itu besar, yang dimahukan kita itu adalah pengakhiran yang baik. Lebah itu mengambarkan sebanyak mana kita menyerap, mengambil pengajaran, mentadabbur dan mengamalkan kandungan Al-Quran itu. Bulan purnama itu pula mengambarkan seberapa bnyak kita menghadapkan kehidupan kita ini kepadaNya.
- Ambillah sebanyaknya daripada Al-Quran, pelajari & amalkan, lalu kita hiaskan pelajaran itu didalam hati dan diri kita. Bila kita amalkan, Al-Quran itu akan berjalan di dalam diri kita. Kalau setakat membaca Al-Quran sekadar bacaan itu tidak wajib, yang wajib itu adalah untuk mempelajari maknanya. Tapi tidak juga bermaksud untuk meinggalkan terus bacaan harian kita ya. Bagi yang baru nak belajar Al-Quran, pelajari cara bacaanya dulu, sampai khatam, setelah itu kita cuba belajar tadabbur.
- Dan hadaplah diri kita secara keseluruhannya kepada Allah S.W.T, yg bermaksud bertawakal sepenuh hati kepada Allah S.W.T sehingga hati ini sudah tersedar bahawa tidak akan ada sesuatu yang boleh berlaku tanpa kehendak Allah S.W.T. Tanpa keizinan drpd Allah.
“ Jika Allah mengkehendaki akan sesuatu walaupun manusia itu mengingkarinya, ia akan tetap berlaku juga. dan bilamana manusia mengkehendaki akan sesuatu tetapi Allah mengingkarinya tetap tidak akan berlaku juga. Keyakinan itu yang harus kita tanamkan kedalam diri kita.”
SOALAN 2: APA HUBUNGAN TAKWA DENGAN HUSNUL KHOTIMAH?
- Jalan untuk meraih husnul khotimah itu adalah dengan jalan bertakwa dengan sebenar-benar takwa seperti yang telah dijelaskan pada awal tadi.
- Kita lihat pada Surah Ali-Imran ayat 100 & ayat 101, ayat sebelum 102 Ayat Surah Ali-Imran;
- Al-Imam Ibn Asyur yg merupakan antara ulama mutahkhirin yang terkenal telah mengaitkan Ayat 100 & 101 ini dengan seruan dan peringatan untuk orang-orang beriman supaya berwaspada dengan tipu helah orang-orang yahudi dari kalangan ahli kitab.
- Segala tipu helah, muslihat & provokasi mereka lakukan sejak dulu sehinggalah sekarang hanya untuk memecah belahkan, mencerai beraikan persatuan umat islam dengan wajah yang berbeza-beza seiring dengan zaman. Dari sejak awal Nabi Adam dicipta, antara kebaikan & keburukan itu sering kali bergolak antara iblis & manusia, dan begitu juga kejadian antara orang yahudi & umat islam.
- Lihat saja pada kisah perang Bu’ats antara suku Aus & Khazraj, yang menerima provokasi, campur tangan oleh orang-orang yahudi sehingga tercetusnya peperangan antara mereka yang akhirnya dimenangi oleh Suku Aus, itupun tidak terlihat siapa yg menang siapa yang kalah kerana mengalami kerugian yg sama bnyak. Alhamdulillah Rasulullah S.A.W datang tepat pada waktunya lalu mendamaikan antara kedua-kedua kabilah tersebut.
- Jadi pada ayat 100 & 101 itu tadi orang-orang beriman di gesa oleh Allah SWT agar meningkatkan kualiti takwa kita supaya dengan ketakwaan itu kita dapat mengesan segala tipu helah, muslihat orang-orang yahudi yang sememangnya tidak suka akan agama Islam. Takwa itu dijadikan sebagai alat untuk mengesan dan membezakan kebatilan, tipu helah & muslihat orang-orang kafir.
- Lihat pada surah Al-Anfal ayat 29, setiap orang yang beriman yang
bertakwa Allah akan beri Al-Furqon.
- Al-Furqon: Kemampuan untuk melihat dengan hati yg bersih melalui firasat yang telah Allah berikan untuk mengenal benda baik sebagai kebaikan, dan benda buruk sebagai keburukan. Walaupun keburukan itu telah di balut atas nama islamisasi tetap boleh di kesan oleh orang yang bertakwa dengan takwa yang sebenar-benar takwa. Lihat betapa pentingnya untuk kita semua yang beriman untuk bertakwa & meningkatkan lagi tahap ketakwaan kita lagi-lagi pada akhir zaman ini yang kita sudah boleh lihat, banyak perkara-perkara pelik yg kalau kita tidak benar-benar ada pengetahuan dan petunjuk daripada Allah kita juga boleh terjebak & tertipu dengan segala tipu helah orang-orang kafir itu.
- Kalau orang islam sekarang tidak boleh mengenal tipu helah orang kafir bermakna umat islam ramai yang belum lagi memahami hakikat ayat ini dan akhirnya terjebak & tertipu sehingga boleh membawa kepada pengakhiran yang tidak baik. Wal iya zubillah.
- Takwa itu melibatkan kesucian hati & ketaatan anggota badan. Kesucian hati itu yang membuatkan Allah mencampakkan cahaya yang menerangi mata hatinya untuk dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Yang baik itu kita turuti dan yang buruk kita tinggalkan.
- Hebatnya takwa itu bagaikan lampu untuk menyuluh di saat kegelapan. Bayangkan jika kita di dalam kegelapan yg sangat gelap sehingga tidak ada beza kegelapannya bila terbuka luas matanya ataupun tutup, sama saja gelap. Tetapi kalau ada cahaya yang menyinari, maka segala sesuatu yang berbahaya kita boleh nampak dan boleh berwaspada. Berwaspada dengan segala tipu helah orang-orang kafir sampai akhir zaman dan kita juga boleh menyelamatkan diri kita dan mengapai pengakhiran yang baik iaitu husnul khotimah
Sekian saja perkongsian nota. Terima kasih kerana sudi membaca, semoga dipermudahkan segala urusan kalian semua. Jazakallahu khairan.
0 Comments