Follow saya, thank you

My photo
nfrh_n blog
Assalamualaikum, terciptanya blog ini dimulakan dengan perkongsian nota-nota. Dan akan diteruskan insya allah dengan perkongsian ilmiah di masa akan dtg. Terima kasih kerana sudi membaca. Jazakallahu khair.

Recent in Technology

Tenang

Untuk tenang, kita kena faham, untuk faham kita kena tahu, untuk tahu, kita kena mahu, untuk mahu, kita kena sayang, untuk sayang kita kena kenal, untuk kenal kita kena usaha, untuk usaha kita kena sedar.

Untuk sampai kepada tenang di dalam sesuatu perkara bukanlah suatu yang mudah. Untuk tenang kita takkan mampu untuk menguruskannya sendiri tanpa ada "campur tangan" daripada Allah SWT.

Bersahabat baiklah dengan "prasangka baik". Untuk ada "prasangka baik" kita kena lindungi diri kita daripada lawannya, "prasangka buruk", kerana untuk mendisiplinkan pemikiran kita itu perlu kepada usaha dan praktikal yang berterusan.

Tenang. Ianya sebuah nikmat yg setiap daripada kita pernah rasai. Ia Sebuah perasaan yang bila kita berjaya untuk capai, terasa amat mudah untuk kita teruskan perjalanan dlm kehidupan kita, tak kisah apa pun yg telah, sedang dan akan berlaku.

Allah...

Betapa kita perlukan dia setiap saat. La ila hailallah.

Untuk menggapai tenang, begitulah. Ada yg perlu untuk kita lalui dan pelajari dahulu.

Ujian itu seperti acuan buat diri kita yang sekarang. Bila lihat balik apa yang telah kita lalui, rasa syukur itu terasa lebih besar daripada rasa bilamana kita diuji. Sungguh, Allah uji kerana dia sayang. Kalau tidak apa yang akan jadi pada kita. Subhanallah.
 


Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement