Baru tersedar, ternyata aku yg tersalah letak akan cinta ini.
Baru tersedar yg cinta itu pemiliknya hanya Allah. Tidak boleh diberikan kepada sesiapapun.
Patutlah aku sakit. Patutlah aku sentiasa menangis. Patutlah aku sentiasa berdendam. Patutlah semuanya serba serbi tidak cukup. Dan patutlah semuanya begitu. Kerana....
Aku telah tersalah letak cinta itu pada makhluknya. Patutlah.
Aku tertatih2 mencari solusinya. terkejar2 kesana kemari, mencari jalan keluar, padahal aku cuma perlu mengembalikan cinta itu kepada Allah.
Mengembalikan bagaimana? Mengembalikan dengan membalas cintanya Allah. Menyayangi Allah. Percaya kepada Allah. Redha akan ketentuannya. Mensyukuri pemberiannya. Belajar untuk mengenalinya dan kekasih nya. Abaikan yg lain.
Kenapa perlu dikembalikan? kerana Allah itu yg paling berhak sekali untuk kita balas cintanya. Memang tidak mudah, dan pasti hati kita akan diuji oleh Allah lagi dan lagi untuk memastikan apa kita benar2 mencintainya. Adakah benar hati kita telah benar2 menuju kepadanya. Masha allah.
Menangislah dalam percubaan itu. Merintihlah. Bila gagal kita cuba lagi. Jgn putus asa. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Percubaan ini antara kita dan Allah saja yg tau, jadi jgn khawatir kerana kepada Allah kita akan kembali.
Aku harap aku tidak lupa kepada siapa yg harus ku cintai sebenarnya. Berharap agar hati ini tidak lalai daripada mencintainya. Allahurabbi.
Sekian, Astaghfirullah....
0 Comments