Posts

Pengajian Berkitab Idaman Penuntut (Bahagian Ibadat Penggal Yang Pertama) oleh Al Fadhil Ustaz Azhar Hashim Al-Hadrami (Link Facebook)

Image
 Link pengajian di FB Madrasah Rahmatan Lil Alamin Tuan Guru Haji Abdul Ghani Bin Haji Yahya. Kitab Idaman Penuntut ada 3 juzuk berkenaan dgn Feqah. Juzuk yg pertama lebih kepada ibadah-ibadah yang khusus, seperti sembahyang, taharah, zakat, haji, puasa dan lain-lain Juzuk yg kedua nanti, membicarakan tentang hukum jual beli @ bab muamalah, serta bab nikah kahwin. Dan juzuk yg ketiga pulak nanti berkenaan dgn hukum jinayat (hukum jenayah dalam Islam). Hukum jenayah maksudnya hukum hudud, Qisas dan sebagainya. Mukaddimah 1. Mukaddimah -  https://www.facebook.com/share/v/MS7vVmREhBQf7MAw/ Naskah yg rumi xda pendahuluan dia terus pergi ke Bersuci dan hukumnya. Hanya naskah jawi sahaja yg ada pendahuluan. Dia membicarakan tentang hukum membaca Bismillahirrohmanirrohim. Ust lebih minat utk membaca naskah yg jawi, dgn dimulakan dgn pendahuluan. Bersuci & Hukumnya  1.  Bersuci dan Hukumnya  m/s 1 -  https://www.facebook.com/share/v/x9U2K4LawYBu8RtN/ 2. Air yg ...

Tenang

Image
Untuk tenang, kita kena faham, untuk faham kita kena tahu, untuk tahu, kita kena mahu, untuk mahu, kita kena sayang, untuk sayang kita kena kenal, untuk kenal kita kena usaha, untuk usaha kita kena sedar. Untuk sampai kepada tenang di dalam sesuatu perkara bukanlah suatu yang mudah. Untuk tenang kita takkan mampu untuk menguruskannya sendiri tanpa ada "campur tangan" daripada Allah SWT. Bersahabat baiklah dengan "prasangka baik" . Untuk ada "prasangka baik" kita kena lindungi diri kita daripada lawannya, "prasangka buruk" , kerana untuk mendisiplinkan pemikiran kita itu perlu kepada usaha dan praktikal yang berterusan. Tenang. Ianya sebuah nikmat yg setiap daripada kita pernah rasai. Ia Sebuah perasaan yang bila kita berjaya untuk capai, terasa amat mudah untuk kita teruskan perjalanan dlm kehidupan kita, tak kisah apa pun yg telah, sedang dan akan berlaku. Allah... Betapa kita perlukan dia setiap saat. La ila hailallah. Untuk menggapai tenang,...

Hak

Image
Pilihlah pasangan yang mana bila kita bersamanya, semakin bertambah nilai hidup kita, semakin dekat kita kepada Allah. Aamiinn. Semoga kita semua dikurniakan pasangan yg baik2. Semua maklum yg mmasing-masing hidup dengan tanggungjawabnya. Suami ada haknya, dan isteri pun ada haknya. Dalam rumah tangga, dianjurkan untuk mendahulukan hak suami. Kelunakan islam, kalau hak lain-lain boleh buat mana yang mampu saja, tapi untuk suami cuba buat sedaya upaya. Seorang isteri: Wajiblah seorang isteri mengekali malu ke atas suaminya. Menghormati suami (merendahkan mata pada hadapannya) Mengikut suruhan suami Diam tatkala suami berkata Berdiri tatkala datangnya, dan keluarnya. Mendatangi suaminya tatkala hendak tidur Memakai bau-bauan. Dan bersungguh membaikkan bau mulutnya Mengekali perhiasannya ketika ada suaminya dan meninggalkan perhiasannya ketika tiada suaminya. Jaga harta suami Memuliakan isi rumahnya, Cth: mentua, ipar duai, anak kepada suamimu. Menghargai pemberian suami, walau yg sikit, ...

Ujian Allah

Image
 we can't change the person that we love, but we can change ourself for our love one. Masha allah, tabarakallah, di sini lagi mengarang cerita berdasarkan yang dilalui sehari - hari. Alhamdulillah. Perkongsian hari ini berkenaan, "kita tak boleh ubah orang". Cubalah sekuat mana pun, tetap lumrah dlm kehidupan kita tak dpt nak ubah orang. Allah sendiri cakap, dia takkan ubah org yang tak nak ubah diri dia.  Dari ayat tu kita dah boleh faham, perubahan daripada sesorang tu mesti kena dtg daripada kehendak diri dia sendiri. Kalau ada pun yg berubah sebab org lain, Alhamdulillah mungkin tak banyak, semuanya dengan izin Allah jugak. Bilamana kita sangat mengharapkan perubahan daripada seseorang yg kita sayang, tapi tidak berlaku sepertimana yg kita hendak, ingatlah semuanya yg berlaku sesuai dengan qada dan qadar Allah. Tiada daya dan upaya kita sebagai seorang hamba yang lemah. Tapi, ada jalannya. Jalan untuk menuntun hati agar tenang dan redha dgn ujian yg datang. Hati kalau...

NEW UPDATE!! Pengajian Kitab Misbahul Munir - Al Fadhil Ustaz Azhar Hashim Al-Hadrami (Link Facebook)

Image
Link pengajian di FB Madrasah Rahmatan Lil Alamin Pengenalan Kitab yang membicarakan tentang ilmu akidah ataupun ilmu makrifatullah ataupun ilmu tauhid, ilmu mengesakan Allah SWT. Yang mana ilmu ni seafdal-afdal ilmu dibandingkan dengan ilmu-ilmu yg lain, samada dengan ilmu feqah ataupun dengan ilmu tasawuf. Sebab ilmu ni ilmu yang bersangkut dengan dasar atau disebut sbg asas kpd agama. Maknanya kalau tidak ada asas maka tak boleh dibina sesuatu diatas perkara yang tidak ada asas. Sebab tulah kalau kita nak buat ibadat maka pastikan akidah kita duduk di dalam akidah yang benar. Duduk dalam iktikod yang sahih. Duduk dlm kumpulan Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Tuan kitab ni yang nama dia Tuan Guru baba Haji Abdul Aziz Bin Ismail. Dia asal orang fathoni. Tapi dia telah keluar dari fathoni, dan bermukim di Kampung Paloh Bunut Payung, sehinggalah dia meninggal dunia di situ, di daerah Bunut Payong, Kpg Paloh, Kelantan, Kota Bahru. Dan dia ni salah seorg drpd anak murid kpd Syeikh Wan Ismail Bin ...

Mencintai Kerana Allah: Bukan Sekadar Kata, Tetapi Ujian

Image
Pernahkah kita benar-benar memahami makna "mencintai seseorang kerana Allah" ? Kalimat ini lebih daripada sekadar ucapan di bibir; ia adalah janji yang akan diuji. Setiap perkataan yang kita lafazkan akan diuji dengan cubaan. Mencintai kerana Allah bermakna kita diuji berulang kali dengan ujian yang mampu mematahkan setiap sebab kita mencintai seseorang—sehingga yang tinggal di hati kita hanyalah Allah . Dia menjadi alasan utama kita mencintai pasangan kita (suami atau bakal suami). Memahami Cinta Kerana Allah Dalam sebuah perkahwinan, cinta kerana Allah bermaksud apabila selepas menempuh pelbagai ujian dan cabaran, yang tersisa di hati kita hanyalah Allah. Ini bermakna, kita melihat keindahan hubungan pasangan kita dengan Allah. Itulah yang menjadi alasan untuk kita terus mencintai mereka, kerana melalui mereka, kita dapat meraih redha Allah. Contohnya,  Ketaatan mereka pada perintah Allah. Cara mereka menjaga diri dan batasan pergaulan. Istiqamah mereka dalam menuntut ilmu ...

CONTOH SURAT BERHENTI KERJA - ENGLISH (PERCUMA)

[Your Name] [Your Address] ------------------------------------------------------------------------------------------------------ [Recipient's Position] Mr./Ms. [Recipient's Name] [Company Name] [Company Address]                                                                                          [Date:] Dear Mr./Ms. [Recipient's Name], RESIGNATION LETTER AND NOTICE OF TERMINATION I am writing to inform you that I wish to resign from my position [Position Name] at [Company Name], effective [Your Last Working Date], providing one month's notice as required by company policy. I would like to express my gratitude for the opportunities afforded to me during my tenure at this company. I deeply appreciate the experiences and k...