Tadabbur Surah Ali-Imran : ayat
102
 |
Surah Ali-Imran : ayat 102 |
SOALAN 1: TAKWA SEBENAR-BENAR TAKWA ITU BAGAIMANA?
- "Ittaqullah ha haqqotuqotih" bermaksud
bertakwalah dengan sebenar-benar takwa. Apa itu takwa sebenar-benar takwa?
- Takwa seperti yg kita sudah sedia maklum, adalah melaksanakan
perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Konteks takwa dlm ayat ini tidak
sampai takat itu saja. Kita diseru utk meingkatkan lagi tahap ketakwaan kita
kepada takwa yang sebenar-benar takwa yg membawa kpd husnul khotimah atau mati
dalam keadaan Islam.
- Untuk menuju ke arah husnul khotimah yang juga merupakan
destinasi atau pengakhiran yang kita mahukan, maka kita harus jalani dulu jalan
yang menuju husnul khotimah itu, iaitu dgn jalan Takwa sebenar-benar takwa.
- Bait "Haqqo tu qottih” (takwa sebenar-benar takwa)
itu tadi telah di tafsirkan oleh Sahabat yg bernama Abdullah Bin Mas'ud R.A.
bahwa yg dikatakan takwa sebenar-benar takwa itu adalah:-
1. Allah itu ditaati jangan di derhakai walau sesaat
pun
2. Allah itu diingati jangan dilupakan walau sesaat pun
3. Allah itu disyukuri jangan dikufuri walau sesaat
pun.
-
Dari sini kita lihat, untuk meningkatkan taqwa itu memerlukan untuk kita, taat,
ingat dan syukur kepada Allah tanpa dilupakan, diderhakai dan dikufuri walau
sesaat pun. Tidak teruang sikit pun waktu untuk di sia-siakan dengan mengarahkan
fikiran, hati dan pergerakan kita sepenuhnya kepada Allah.
- Terasa berat untuk diamalkan bukan?. Perkara ini juga turut dirasai oleh
para sahabat zaman Rasulullah sehingga mereka pergi mengadu kepada Rasulullah S.A.W.
- Maka turunlah ayat Surah At-Taghabun ayat 16;

- Di
ayat ini Allah menjelaskan tentang bagaimana utk “ittaqullahu haqqotuqotih”
pada ayat 102, Surah Ali-Imran iaitu dengan “mastato’tum” - sedaya upaya kamu, pada ayat 16,
Surah At-Taghabun di atas, yg juga bermakna “sekadar kemampuan kamu.”
-
Namun ayat “mastato’tum” - sedaya upaya kamu ini tidak boleh
mengikut maksud pola pemikiran melayu kita, yang lebih dilihat dan difahami sebagai
istilah SUKA-SUKA nak buat-buat, tak nak takpa. Namun, yang sebenarnya
bukan begitu. “Istito’ah” dalam terminologi bahasa arab itu
adalah melakukan sesuatu pekerjaan sampai tahap maksimum. Ertinya kita
betul-betul telah mengerahkan segala kudrat, segala potensi & kemampuan
kita pada tahap tertinggi.
-
Jadi selalunya kalau kita sudah buat sampai tahap maksima, dan telah mengerahkan
seluruh kudrat kita, yang sehingga badan kita berasa lelah, letih, lemah, dan tak
berdaya. Bila sudah kepenatan itu mudah sangat untuk tidur. Seperti org yang
tidak ada daya dah nak tumbang dah. ( ini hanya untuk bagi faham maksud
sedaya upaya dalam ayat di atas )
-
Jadi, takwa itu memerlukan tahap maksima yang terbaik lagi tertinggi kita. Berusaha
untuk maksimakan ingatan, ketaatan & kesyukuran kita kepada Allah S.W.T.
Kita tidak akan rugi apa-apa pun malah ditambahkan lagi oleh Allah segala kebaikan
ke atas kita. Masha allah, Tabarakallah. Allah punya 3 hak daripada
hamba-hambanya dan kita juga punya 3 kewajiban untuk tuhan kita. HAK ALLAH
ADALAH KEWAJIBAN KITA.
-
Maka tunaikanlah hak Allah nescaya Allah pun akan menolong kita melalui 3 hak tadi.
Jadi, kita pun bila mendatangi solat nanti jadi bahagia, jadi tenang. Bila
hendak menjalani ketaatan yang lain pun terasa ringan, tak ada rasa berat atau
beban sebab Allah dah bantu kita. Makanya ustazah cakap “Kalau lapar itu jangan
makan roti sepotong-sepotong, atau separuh-separuh, takkan kenyang.” Kita nak
pengakhiran yang baik, jadi kita kena buat yang terbaik, sedaya upaya kita
& semaksima kita. Setelah itu kita bertawakal. Berakallah & bertawakallah
selepas itu kpd Allah.
- Tetapi
bagaimana kalau kita seorang yg berkerjaya? Kan takda masa? Ustazah cakap,
lihat pada ilustrasi yang terhasil daripada pemerhatian terhadap fenomena Alam.
1. Lihat pada lebah. Sebanyak
mana dia menghisap sari pati bunga sebanyak itulah dia akan menghasilkan madu
2. Lihat pada bulan purnama. Sebanyak
mana dia menghadap kearah matahari sebanyak itulah cahaya yang akan dipantulkan
ke permukaan bumi.
- Jadi kita juga begitu, sebanyak mana kebaikan
yg kita inginkan sebanyak itulah kita kena tingkatkan ketaatan, ingatan, dan
kesyukuran kita terhadap Allah kerana yang di mahukan kita itu besar, yang
dimahukan kita itu adalah pengakhiran yang baik. Lebah itu mengambarkan
sebanyak mana kita menyerap, mengambil pengajaran, mentadabbur dan mengamalkan
kandungan Al-Quran itu. Bulan purnama itu pula mengambarkan seberapa bnyak kita
menghadapkan kehidupan kita ini kepadaNya.
- Ambillah sebanyaknya daripada Al-Quran,
pelajari & amalkan, lalu kita hiaskan pelajaran itu didalam hati dan diri
kita. Bila kita amalkan, Al-Quran itu akan berjalan di dalam diri kita. Kalau
setakat membaca Al-Quran sekadar bacaan itu tidak wajib, yang wajib itu adalah
untuk mempelajari maknanya. Tapi tidak juga bermaksud untuk meinggalkan terus
bacaan harian kita ya. Bagi yang baru nak belajar Al-Quran, pelajari cara bacaanya
dulu, sampai khatam, setelah itu kita cuba belajar tadabbur.
- Dan hadaplah diri kita secara keseluruhannya kepada
Allah S.W.T, yg bermaksud bertawakal sepenuh hati kepada Allah S.W.T sehingga hati ini sudah
tersedar bahawa tidak akan ada sesuatu yang boleh berlaku tanpa kehendak Allah
S.W.T. Tanpa keizinan drpd Allah.
“ Jika Allah mengkehendaki akan sesuatu walaupun manusia itu mengingkarinya, ia akan tetap berlaku juga. dan bilamana manusia mengkehendaki akan sesuatu tetapi Allah mengingkarinya tetap tidak akan berlaku juga. Keyakinan itu yang harus kita tanamkan kedalam diri kita.”
SOALAN 2: APA HUBUNGAN TAKWA
DENGAN HUSNUL KHOTIMAH?
- Jalan untuk meraih husnul khotimah itu adalah dengan jalan
bertakwa dengan sebenar-benar takwa seperti yang telah dijelaskan pada awal
tadi.
- Kita lihat pada Surah Ali-Imran ayat 100 & ayat 101, ayat
sebelum 102 Ayat Surah Ali-Imran;
- Al-Imam Ibn Asyur yg merupakan antara ulama mutahkhirin yang
terkenal telah mengaitkan Ayat 100 & 101 ini dengan seruan dan peringatan
untuk orang-orang beriman supaya berwaspada dengan tipu helah orang-orang
yahudi dari kalangan ahli kitab.
- Segala tipu helah, muslihat & provokasi mereka lakukan sejak
dulu sehinggalah sekarang hanya untuk memecah belahkan, mencerai beraikan
persatuan umat islam dengan wajah yang berbeza-beza seiring dengan zaman. Dari sejak
awal Nabi Adam dicipta, antara kebaikan & keburukan itu sering kali bergolak
antara iblis & manusia, dan begitu juga kejadian antara orang yahudi &
umat islam.
- Lihat saja pada kisah perang Bu’ats antara suku Aus &
Khazraj, yang menerima provokasi, campur tangan oleh orang-orang yahudi
sehingga tercetusnya peperangan antara mereka yang akhirnya dimenangi oleh Suku
Aus, itupun tidak terlihat siapa yg menang siapa yang kalah kerana mengalami
kerugian yg sama bnyak. Alhamdulillah Rasulullah S.A.W datang tepat pada
waktunya lalu mendamaikan antara kedua-kedua kabilah tersebut.
- Jadi pada ayat 100 & 101 itu tadi orang-orang beriman di gesa
oleh Allah SWT agar meningkatkan kualiti takwa kita supaya dengan ketakwaan itu
kita dapat mengesan segala tipu helah, muslihat orang-orang yahudi yang
sememangnya tidak suka akan agama Islam. Takwa itu dijadikan sebagai alat untuk
mengesan dan membezakan kebatilan, tipu helah & muslihat orang-orang kafir.
- Lihat pada surah Al-Anfal ayat 29, setiap orang yang beriman yang
bertakwa Allah akan beri Al-Furqon.
- Al-Furqon: Kemampuan untuk melihat dengan hati yg bersih
melalui firasat yang telah Allah berikan untuk mengenal benda baik sebagai
kebaikan, dan benda buruk sebagai keburukan. Walaupun keburukan itu telah di
balut atas nama islamisasi tetap boleh di kesan oleh orang yang bertakwa dengan
takwa yang sebenar-benar takwa. Lihat betapa pentingnya untuk kita semua yang
beriman untuk bertakwa & meningkatkan lagi tahap ketakwaan kita lagi-lagi
pada akhir zaman ini yang kita sudah boleh lihat, banyak perkara-perkara pelik
yg kalau kita tidak benar-benar ada pengetahuan dan petunjuk daripada Allah kita
juga boleh terjebak & tertipu dengan segala tipu helah orang-orang kafir
itu.
- Kalau orang islam sekarang tidak boleh mengenal tipu
helah orang kafir bermakna umat islam ramai yang belum lagi memahami hakikat
ayat ini dan akhirnya terjebak & tertipu sehingga boleh membawa kepada
pengakhiran yang tidak baik. Wal iya zubillah.
- Takwa itu melibatkan kesucian hati & ketaatan anggota badan.
Kesucian hati itu yang membuatkan Allah mencampakkan cahaya yang menerangi mata
hatinya untuk dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Yang baik
itu kita turuti dan yang buruk kita tinggalkan.
- Hebatnya takwa itu bagaikan lampu untuk menyuluh di saat
kegelapan. Bayangkan jika kita di dalam kegelapan yg sangat gelap sehingga
tidak ada beza kegelapannya bila terbuka luas matanya ataupun tutup, sama saja
gelap. Tetapi kalau ada cahaya yang menyinari, maka segala sesuatu yang
berbahaya kita boleh nampak dan boleh berwaspada. Berwaspada dengan segala tipu
helah orang-orang kafir sampai akhir zaman dan kita juga boleh menyelamatkan
diri kita dan mengapai pengakhiran yang baik iaitu husnul khotimah
Sekian saja perkongsian nota. Terima kasih kerana sudi membaca, semoga dipermudahkan segala urusan kalian semua. Jazakallahu khairan.