Pages

Tuesday, November 8, 2022

Nota ringkas berkenaan definisi Akhlak @ Adab

Sesi pengajian Kitab Al-Adab Al-Mufrad by Habib Ali Zaenal Abidin. (Siri 1)

Definisi Akhlak = Tabiat seseorang samada baik atau tidak baik.

Akhlak @ Tabiat itu terbahagi kepada dua iaitu:







DOA MEMINTA AKHLAK YANG BAIK:




Tuesday, November 1, 2022

Nota Ringkas dari pembelajaran Re live Tadabbur Surah Ali-Imran ayat 102 by Ustazah Sholihah Kaswari

Assalamualaikum kalian semua, Alhamdulillah hari ni saya nak kongsikan nota yang di ambil daripada sesi Re-live Ustazah Sholihah Kaswari tentang tadabbur ayat 102 dari Surah Ali-Imran. Link untuk full video akan saya sertakan sekali. Semoga ilmu yang kita peroleh bermanfaat untuk kita dunia & akhirat sekaligus dipermudahkan untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita. Aamiin Allahumma Aamiinn.

Link full video : https://fb.watch/gxq7b39m9o/

NOTA PEMBELAJARAN 

Tadabbur Surah Ali-Imran : ayat 102

Surah Ali-Imran : ayat 102

SOALAN 1: TAKWA SEBENAR-BENAR TAKWA ITU BAGAIMANA?

- "Ittaqullah ha haqqotuqotih" bermaksud bertakwalah dengan sebenar-benar takwa. Apa itu takwa sebenar-benar takwa?

- Takwa seperti yg kita sudah sedia maklum, adalah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Konteks takwa dlm ayat ini tidak sampai takat itu saja. Kita diseru utk meingkatkan lagi tahap ketakwaan kita kepada takwa yang sebenar-benar takwa yg membawa kpd husnul khotimah atau mati dalam keadaan Islam.

- Untuk menuju ke arah husnul khotimah yang juga merupakan destinasi atau pengakhiran yang kita mahukan, maka kita harus jalani dulu jalan yang menuju husnul khotimah itu, iaitu dgn jalan Takwa sebenar-benar takwa.

- Bait "Haqqo tu qottih” (takwa sebenar-benar takwa) itu tadi telah di tafsirkan oleh Sahabat yg bernama Abdullah Bin Mas'ud R.A. bahwa yg dikatakan takwa sebenar-benar takwa itu adalah:-

1. Allah itu ditaati jangan di derhakai walau sesaat pun

2. Allah itu diingati jangan dilupakan walau sesaat pun

3. Allah itu disyukuri jangan dikufuri walau sesaat pun.

- Dari sini kita lihat, untuk meningkatkan taqwa itu memerlukan untuk kita, taat, ingat dan syukur kepada Allah tanpa dilupakan, diderhakai dan dikufuri walau sesaat pun. Tidak teruang sikit pun waktu untuk di sia-siakan dengan mengarahkan fikiran, hati dan pergerakan kita sepenuhnya kepada Allah.

- Terasa berat untuk diamalkan bukan?. Perkara ini juga turut dirasai oleh para sahabat zaman Rasulullah sehingga mereka pergi mengadu kepada Rasulullah S.A.W.

-  Maka turunlah ayat Surah At-Taghabun ayat 16;


- Di ayat ini Allah menjelaskan tentang bagaimana utk “ittaqullahu haqqotuqotih” pada ayat 102, Surah Ali-Imran iaitu dengan “mastato’tum” - sedaya upaya kamu, pada ayat 16, Surah At-Taghabun di atas, yg juga bermakna “sekadar kemampuan kamu.”

- Namun ayat “mastato’tum” - sedaya upaya kamu ini tidak boleh mengikut maksud pola pemikiran melayu kita, yang lebih dilihat dan difahami sebagai istilah SUKA-SUKA nak buat-buat, tak nak takpa. Namun, yang sebenarnya bukan begitu. “Istito’ah” dalam terminologi bahasa arab itu adalah melakukan sesuatu pekerjaan sampai tahap maksimum. Ertinya kita betul-betul telah mengerahkan segala kudrat, segala potensi & kemampuan kita pada tahap tertinggi.

- Jadi selalunya kalau kita sudah buat sampai tahap maksima, dan telah mengerahkan seluruh kudrat kita, yang sehingga badan kita berasa lelah, letih, lemah, dan tak berdaya. Bila sudah kepenatan itu mudah sangat untuk tidur. Seperti org yang tidak ada daya dah nak tumbang dah. ( ini hanya untuk bagi faham maksud sedaya upaya dalam ayat di atas )

- Jadi, takwa itu memerlukan tahap maksima yang terbaik lagi tertinggi kita. Berusaha untuk maksimakan ingatan, ketaatan & kesyukuran kita kepada Allah S.W.T. Kita tidak akan rugi apa-apa pun malah ditambahkan lagi oleh Allah segala kebaikan ke atas kita. Masha allah, Tabarakallah. Allah punya 3 hak daripada hamba-hambanya dan kita juga punya 3 kewajiban untuk tuhan kita. HAK ALLAH ADALAH KEWAJIBAN KITA.

- Maka tunaikanlah hak Allah nescaya Allah pun akan menolong kita melalui 3 hak tadi. Jadi, kita pun bila mendatangi solat nanti jadi bahagia, jadi tenang. Bila hendak menjalani ketaatan yang lain pun terasa ringan, tak ada rasa berat atau beban sebab Allah dah bantu kita. Makanya ustazah cakap “Kalau lapar itu jangan makan roti sepotong-sepotong, atau separuh-separuh, takkan kenyang.” Kita nak pengakhiran yang baik, jadi kita kena buat yang terbaik, sedaya upaya kita & semaksima kita. Setelah itu kita bertawakal. Berakallah & bertawakallah selepas itu kpd Allah.

- Tetapi bagaimana kalau kita seorang yg berkerjaya? Kan takda masa? Ustazah cakap, lihat pada ilustrasi yang terhasil daripada pemerhatian terhadap fenomena Alam.


1. Lihat pada lebah. Sebanyak mana dia menghisap sari pati bunga sebanyak itulah dia akan menghasilkan madu

 

2. Lihat pada bulan purnama. Sebanyak mana dia menghadap kearah matahari sebanyak itulah cahaya yang akan dipantulkan ke permukaan bumi.


 

- Jadi kita juga begitu, sebanyak mana kebaikan yg kita inginkan sebanyak itulah kita kena tingkatkan ketaatan, ingatan, dan kesyukuran kita terhadap Allah kerana yang di mahukan kita itu besar, yang dimahukan kita itu adalah pengakhiran yang baik. Lebah itu mengambarkan sebanyak mana kita menyerap, mengambil pengajaran, mentadabbur dan mengamalkan kandungan Al-Quran itu. Bulan purnama itu pula mengambarkan seberapa bnyak kita menghadapkan kehidupan kita ini kepadaNya.

- Ambillah sebanyaknya daripada Al-Quran, pelajari & amalkan, lalu kita hiaskan pelajaran itu didalam hati dan diri kita. Bila kita amalkan, Al-Quran itu akan berjalan di dalam diri kita. Kalau setakat membaca Al-Quran sekadar bacaan itu tidak wajib, yang wajib itu adalah untuk mempelajari maknanya. Tapi tidak juga bermaksud untuk meinggalkan terus bacaan harian kita ya. Bagi yang baru nak belajar Al-Quran, pelajari cara bacaanya dulu, sampai khatam, setelah itu kita cuba belajar tadabbur.

- Dan hadaplah diri kita secara keseluruhannya kepada Allah S.W.T, yg bermaksud bertawakal sepenuh hati kepada Allah S.W.T sehingga hati ini sudah tersedar bahawa tidak akan ada sesuatu yang boleh berlaku tanpa kehendak Allah S.W.T. Tanpa keizinan drpd Allah.


“ Jika Allah mengkehendaki akan sesuatu walaupun manusia itu mengingkarinya, ia akan tetap berlaku juga. dan bilamana manusia mengkehendaki akan sesuatu tetapi Allah mengingkarinya tetap tidak akan berlaku juga. Keyakinan itu yang harus kita tanamkan kedalam diri kita.”


SOALAN 2: APA HUBUNGAN TAKWA DENGAN HUSNUL KHOTIMAH?

- Jalan untuk meraih husnul khotimah itu adalah dengan jalan bertakwa dengan sebenar-benar takwa seperti yang telah dijelaskan pada awal tadi.

- Kita lihat pada Surah Ali-Imran ayat 100 & ayat 101, ayat sebelum 102 Ayat Surah Ali-Imran;


- Al-Imam Ibn Asyur yg merupakan antara ulama mutahkhirin yang terkenal telah mengaitkan Ayat 100 & 101 ini dengan seruan dan peringatan untuk orang-orang beriman supaya berwaspada dengan tipu helah orang-orang yahudi dari kalangan ahli kitab.

- Segala tipu helah, muslihat & provokasi mereka lakukan sejak dulu sehinggalah sekarang hanya untuk memecah belahkan, mencerai beraikan persatuan umat islam dengan wajah yang berbeza-beza seiring dengan zaman. Dari sejak awal Nabi Adam dicipta, antara kebaikan & keburukan itu sering kali bergolak antara iblis & manusia, dan begitu juga kejadian antara orang yahudi & umat islam.

- Lihat saja pada kisah perang Bu’ats antara suku Aus & Khazraj, yang menerima provokasi, campur tangan oleh orang-orang yahudi sehingga tercetusnya peperangan antara mereka yang akhirnya dimenangi oleh Suku Aus, itupun tidak terlihat siapa yg menang siapa yang kalah kerana mengalami kerugian yg sama bnyak. Alhamdulillah Rasulullah S.A.W datang tepat pada waktunya lalu mendamaikan antara kedua-kedua kabilah tersebut.

- Jadi pada ayat 100 & 101 itu tadi orang-orang beriman di gesa oleh Allah SWT agar meningkatkan kualiti takwa kita supaya dengan ketakwaan itu kita dapat mengesan segala tipu helah, muslihat orang-orang yahudi yang sememangnya tidak suka akan agama Islam. Takwa itu dijadikan sebagai alat untuk mengesan dan membezakan kebatilan, tipu helah & muslihat orang-orang kafir.

- Lihat pada surah Al-Anfal ayat 29, setiap orang yang beriman yang bertakwa Allah akan beri Al-Furqon. 

- Al-Furqon: Kemampuan untuk melihat dengan hati yg bersih melalui firasat yang telah Allah berikan untuk mengenal benda baik sebagai kebaikan, dan benda buruk sebagai keburukan. Walaupun keburukan itu telah di balut atas nama islamisasi tetap boleh di kesan oleh orang yang bertakwa dengan takwa yang sebenar-benar takwa. Lihat betapa pentingnya untuk kita semua yang beriman untuk bertakwa & meningkatkan lagi tahap ketakwaan kita lagi-lagi pada akhir zaman ini yang kita sudah boleh lihat, banyak perkara-perkara pelik yg kalau kita tidak benar-benar ada pengetahuan dan petunjuk daripada Allah kita juga boleh terjebak & tertipu dengan segala tipu helah orang-orang kafir itu.

- Kalau orang islam sekarang tidak boleh mengenal tipu helah orang kafir bermakna umat islam ramai yang belum lagi memahami hakikat ayat ini dan akhirnya terjebak & tertipu sehingga boleh membawa kepada pengakhiran yang tidak baik. Wal iya zubillah.

- Takwa itu melibatkan kesucian hati & ketaatan anggota badan. Kesucian hati itu yang membuatkan Allah mencampakkan cahaya yang menerangi mata hatinya untuk dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Yang baik itu kita turuti dan yang buruk kita tinggalkan.

- Hebatnya takwa itu bagaikan lampu untuk menyuluh di saat kegelapan. Bayangkan jika kita di dalam kegelapan yg sangat gelap sehingga tidak ada beza kegelapannya bila terbuka luas matanya ataupun tutup, sama saja gelap. Tetapi kalau ada cahaya yang menyinari, maka segala sesuatu yang berbahaya kita boleh nampak dan boleh berwaspada. Berwaspada dengan segala tipu helah orang-orang kafir sampai akhir zaman dan kita juga boleh menyelamatkan diri kita dan mengapai pengakhiran yang baik iaitu husnul khotimah


Sekian saja perkongsian nota. Terima kasih kerana sudi membaca, semoga dipermudahkan segala  urusan kalian semua. Jazakallahu khairan.

Tuesday, April 26, 2022

Panduan Lengkap Lulus Ujian RSM! 🚗


Nota RSM ( Rutin Sebelum Memandu )



Nota RSM: Panduan Lengkap Sebelum Memandu 🚗

Ini adalah sambungan daripada nota RPK (Rutin Pemeriksaan Kereta). Selesai sahaja RPK, anda akan diminta masuk ke dalam kereta untuk rutin seterusnya, iaitu RSM (Rutin Sebelum Memandu).

Ikut langkah-langkah di bawah dengan teliti. Ingat, hanya bahagian yang diboldkan sahaja perlu anda sebut dengan jelas kepada penguji.

Langkah-Langkah Rutin Sebelum Memandu (RSM)

  1. Atur Kedudukan Kerusi

    • Pastikan kaki anda selesa untuk menekan pedal minyak dan brek.

    • Pastikan tangan anda boleh memegang stereng dengan selesa.

  2. Atur Cermin Pandang Belakang

  3. Atur Cermin Sisi Kiri dan Kanan

  4. Tali Pinggang Keledar Berfungsi

    • Tarik dan sentak tali pinggang keselamatan sebanyak dua kali.

    • Sebut: "Tali pinggang keledar berfungsi."

  5. Pasang Tali Pinggang Keledar

  6. Mula Enjin Kenderaan

    • Tekan brek dan pusingkan kunci untuk menghidupkan enjin.

  7. Sebut Simbol pada Meter

    • Perhatikan simbol-simbol yang menyala pada papan pemuka.

    • Sebut: "Simbol-simbol menyala pada papan pemuka."

    • Sebut: "Tolok minyak berfungsi."

    • Sebut: "Simbol brek tangan menyala." (Jika simbol brek tangan tidak muncul, tarik brek tangan sehingga ia menyala).

    • Sebut: "Simbol suhu kenderaan menyala."

  8. Uji Lampu Isyarat

    • Hidupkan lampu isyarat kanan. Sebut: "Lampu isyarat kanan berfungsi."

    • Hidupkan lampu isyarat kiri. Sebut: "Lampu isyarat kiri berfungsi."

    • Hidupkan lampu kecemasan di papan pemuka. Sebut: "Lampu kecemasan berfungsi."

  9. Uji Pengelap Cermin

    • Tarik tuas pengelap cermin ke atas. Air akan keluar dan pengelap cermin akan bergerak.

    • Sebut: "Air pengelap cermin ada dan pengelap cermin berfungsi."

  10. Uji Meter Kelajuan dan RPM

    • Tekan pedal minyak sedikit dan perhatikan pergerakan meter.

    • Sebut: "Meter kelajuan berfungsi."

    • Sebut: "Meter RPM berfungsi."

  11. Uji Hon

    • Tekan hon.

    • Sebut: "Hon berfungsi."

Setelah selesai semua rutin RSM, penguji akan meminta anda untuk mematikan enjin. Pusingkan kunci ke arah kiri untuk mematikannya.


Certainly, I'd be happy to. Here is a revised and edited version of your blog post on the Routine Before Driving (RSM). The revised version is structured for better clarity, uses clearer language, and includes a more encouraging tone, while maintaining the helpful essence of your original notes.


Nota RSM: Panduan Lengkap Sebelum Memandu 🚗

Ini adalah sambungan daripada nota RPK (Rutin Pemeriksaan Kereta). Selesai sahaja RPK, anda akan diminta masuk ke dalam kereta untuk rutin seterusnya, iaitu RSM (Rutin Sebelum Memandu).

Ikut langkah-langkah di bawah dengan teliti. Ingat, hanya bahagian yang diboldkan sahaja perlu anda sebut dengan jelas kepada penguji.


Langkah-Langkah Rutin Sebelum Memandu (RSM)

  1. Atur Kedudukan Kerusi

    • Pastikan kaki anda selesa untuk menekan pedal minyak dan brek.

    • Pastikan tangan anda boleh memegang stereng dengan selesa.

  2. Atur Cermin Pandang Belakang

  3. Atur Cermin Sisi Kiri dan Kanan

  4. Tali Pinggang Keledar Berfungsi

    • Tarik dan sentak tali pinggang keselamatan sebanyak dua kali.

    • Sebut: "Tali pinggang keledar berfungsi."

  5. Pasang Tali Pinggang Keledar

  6. Mula Enjin Kenderaan

    • Tekan brek dan pusingkan kunci untuk menghidupkan enjin.

  7. Sebut Simbol pada Meter

    • Perhatikan simbol-simbol yang menyala pada papan pemuka.

    • Sebut: "Simbol-simbol menyala pada papan pemuka."

    • Sebut: "Tolok minyak berfungsi."

    • Sebut: "Simbol brek tangan menyala." (Jika simbol brek tangan tidak muncul, tarik brek tangan sehingga ia menyala).

    • Sebut: "Simbol suhu kenderaan menyala."

  8. Uji Lampu Isyarat

    • Hidupkan lampu isyarat kanan. Sebut: "Lampu isyarat kanan berfungsi."

    • Hidupkan lampu isyarat kiri. Sebut: "Lampu isyarat kiri berfungsi."

    • Hidupkan lampu kecemasan di papan pemuka. Sebut: "Lampu kecemasan berfungsi."

  9. Uji Pengelap Cermin

    • Tarik tuas pengelap cermin ke atas. Air akan keluar dan pengelap cermin akan bergerak.

    • Sebut: "Air pengelap cermin ada dan pengelap cermin berfungsi."

  10. Uji Meter Kelajuan dan RPM

    • Tekan pedal minyak sedikit dan perhatikan pergerakan meter.

    • Sebut: "Meter kelajuan berfungsi."

    • Sebut: "Meter RPM berfungsi."

  11. Uji Hon

    • Tekan hon.

    • Sebut: "Hon berfungsi."

Setelah selesai semua rutin RSM, penguji akan meminta anda untuk mematikan enjin. Pusingkan kunci ke arah kiri untuk mematikannya.


Sedia untuk Ujian Litar

Tahniah, anda telah selesai RSM! Anda akan diminta menunggu di satu tempat untuk giliran ujian litar. Memang normal untuk berasa gementar pada waktu ini. Jadi, tarik nafas dalam-dalam, bertenang, dan jangan panik. Baca doa dan yakin pada diri sendiri. InsyaAllah, semuanya akan berjalan dengan lancar.

Saya doakan semua yang membaca nota ini akan lulus dengan cemerlang. Aamiin ya Rabbal Alamin.


Pautan Berguna untuk Anda

Berikut adalah beberapa pautan penting yang mungkin berguna dalam perjalanan anda mendapatkan lesen memandu:

  1. Semak tarikh luput lesen memandu: https://www.jpj.gov.my/en/web/main-site/semakan-tarikh-luput-lesen-memandu

  2. Semak keputusan ujian memandu: https://www.jpj.gov.my/en/web/main-site/semakan-keputusan-ujian-memandu

  3. Semak saman JPJ & AES: https://public.jpj.gov.my/public/login.zul


Nota Tambahan

  • Apabila anda sudah lulus, jangan lupa untuk melekatkan pelekat 'P' pada bahagian atas kiri cermin depan dan belakang kenderaan anda, bukan di sebelah kanan.

  • Penafian: Nota ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya. Kaedah mungkin berbeza sedikit mengikut sekolah memandu. Saya gunakan nota ini dan Alhamdulillah, saya berjaya lulus. Semoga anda juga berjaya!

Sunday, March 13, 2022

Ujian Litar JPJ: Jangan Gementar, Ini Pengalaman Saya - Bahagian Bukit

 Panduan Lengkap Ujian Litar JPJ (Bahagian 1): Ujian Bukit 🚗

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua! Hari ini saya nak kongsikan pengalaman peribadi saya untuk ujian litar, sambungan daripada nota RPK yang lepas. Anda boleh baca semula panduan RPK di sini: ðŸ‘‰  RPK (Rutin Pemeriksaan Kereta) untuk ujian JPJ (bagaikanputeri95.blogspot.com)



Selesai sahaja ujian RPK, tibalah masanya untuk ujian litar. Bagi anda yang mengambil lesen auto, ada sedikit tambahan pada ujian litar, iaitu bahagian Ram. Ramai yang gagal di sini kerana terlalu gementar, sehingga terpaksa mengulang ujian dan menanggung kos tambahan. Jangan risau, anda boleh lakukannya! Sentiasa bertenang dan jangan panik. Fokus pada apa yang anda sudah pelajari, dan jangan terganggu dengan calon lain.

Peringatan: Gambar litar yang digunakan di sini adalah untuk rujukan sahaja dan bukan hak milik saya. Nota ini juga berdasarkan pengalaman peribadi saya dan mungkin berbeza mengikut tempat anda.


Langkah-Langkah Ujian Litar Bukit

  1. Menunggu Giliran:

    • Tunggu nombor giliran anda dipanggil oleh pegawai JPJ.

  2. Persediaan dalam Kenderaan:

    • Beri salam dan masuk ke dalam kereta ujian.

    • Atur tempat duduk dan cermin sisi agar selesa.

    • Pakai tali pinggang keledar.

    • Tekan brek dan hidupkan enjin.

    • Ambil nafas dalam-dalam untuk menenangkan diri.

  3. Memulakan Perjalanan ke Bukit:

    • Berikan isyarat ke kanan.

    • Kereta anda biasanya sudah berada di bawah bukit, jadi anda tidak perlu bergerak jauh. Abaikan calon lain dan fokus pada diri sendiri.

  4. Menunggu Isyarat Mula:

    • Buka tingkap kereta sepenuhnya.

    • Apabila anda mendengar bunyi wisel daripada pegawai JPJ di menara, angkat tangan tinggi-tinggi sebagai isyarat anda sudah bersedia untuk diuji.

  5. Menuju ke Garisan Kuning:

    • Tekan brek dan tukar gear ke "D".

    • Turunkan brek tangan.

    • Tekan pedal minyak untuk memecut naik bukit.

    • Sebaik sahaja tayar hadapan masuk ke dalam garisan kuning, tekan brek dengan tepat.

  6. Pemeriksaan Kedudukan:

    • Tarik brek tangan.

    • Lepaskan brek kaki perlahan-lahan.

    • Jenguk keluar dan pastikan tayar anda berada dalam garisan kuning.

    • Jika kedudukan sudah tepat, angkat tangan anda sebagai isyarat kepada pegawai JPJ.

    💡 Tips Penting: Kedudukan cermin sisi kanan anda sepatutnya sejajar dengan tiang nombor 1 di atas bukit. Latih tips ini semasa sesi praktikal.

    🚨 Peringatan Penting: Jangan sesekali angkat tangan selagi anda belum pasti tayar anda betul-betul di dalam garisan kuning. Anda diberi tiga (3) kali cubaan untuk meletakkan kereta dengan betul.

  7. Menuruni Bukit:

    • Apabila pegawai JPJ memberi isyarat untuk teruskan, tekan pedal minyak sehingga enjin berbunyi sedikit kuat.

    • Sambil mengawal stereng, turunkan brek tangan dan perlahan-lahan turunkan kenderaan.

    • (Tujuan menekan minyak adalah untuk mengelakkan kereta daripada mengundur ke belakang apabila brek tangan dilepaskan).


Selesai Ujian Litar Bukit

Tahniah! Anda sudah selesai bahagian ujian bukit. Saya doakan semoga anda semua lancar dan berjaya dalam ujian ini.





~ End for ujian litar bukit ~


Penafian: Nota ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya dan mungkin berbeza mengikut sekolah memandu anda. Saya menggunakan nota ini dan Alhamdulillah, saya berjaya lulus. Semoga anda juga berjaya!

Monday, November 9, 2020

Rahsia Lulus RPK: Ini Yang Kena Sebut & Buat!



Nota RPK (RUTIN PEMERIKSAAN KERETA)



Nota RPK (Rutin Pemeriksaan Kereta)

Selamat maju jaya kepada semua calon ujian memandu! Saya faham perasaan gementar anda. Nota ini akan membimbing anda melalui Rutin Pemeriksaan Kereta (RPK) yang betul. Anda pasti boleh lakukannya!


Sebelum Bermula: Panduan Penting

  • Panggilan Giliran: Anda akan dipanggil mengikut nombor giliran. Pastikan anda berada di bilik yang ditetapkan.

  • Barangan Peribadi: Tinggalkan semua barangan berharga di dalam bilik. Cukup bawa barang yang penting sahaja.

  • Pakaian: Pakai pakaian yang selesa dan sesuai.

    • Kasut: Wajib pakai kasut.

    • Lelaki: Pakai kemeja-T berkolar.

    • Perempuan: Pakai pakaian yang selesa atau boleh rujuk dengan cikgu anda.

    • Larangan: Jangan pakai topi.

  • Suara: Sebut setiap bahagian dengan suara yang jelas dan lantang supaya penguji dapat mendengar dengan baik.

  • Hafal: Latih dan hafal turutan pemeriksaan ini.



Langkah Pemeriksaan RPK

Ikut turutan ini dari awal hingga akhir.

1. Perkenalkan Diri

  • Berdiri di hadapan kenderaan ujian.

  • Sebutkan Nama Penuh dan Nombor Kad Pengenalan anda dengan jelas.


2. Rutin Pemeriksaan di Luar Kenderaan

A. Bahagian Hadapan Kenderaan

  • Sentuh setiap bahagian yang anda sebut.

  • Mulakan dari kiri hadapan kenderaan (apabila anda menghadap kenderaan).

  • Sebutkan:

    • "Cukai Jalan (sebut nombor kenderaan) ada."

    • "SM3 ada." (lesen latihan memandu)

    • "Cermin hadapan bagus."

    • "Pengelap cermin bagus."

    • "Bonet hadapan bagus."

    • "Lampu hadapan bagus." (Sentuh kedua-dua lampu)

    • "Lampu isyarat hadapan bagus."

    • "Bumper bagus."

    • "Nombor plat (sebut nombor plat) bagus."

B. Bahagian Sisi Kiri Kenderaan

  • Sebutkan dan sentuh bahagian-bahagian berikut:

    • "Fizikal tayar bagus." (Sentuh tayar)

    • "Angin tayar cukup." (Tekan sedikit pada tayar)

    • "Bunga tayar ada."

    • "Lampu isyarat sisi bagus."

    • "Cermin sisi bagus."

    • "Cermin pintu bagus."

    • "Pintu bagus." (Buka dan tutup pintu. Kemudian, buka semula untuk menarik picu bonet hadapan dan belakang)

    • "Cermin pintu belakang bagus."

    • "Pintu belakang bagus." (Buka dan tutup)

    • "Fizikal tayar belakang bagus."

    • "Angin tayar belakang cukup."

    • "Bunga tayar belakang ada."

C. Bahagian Belakang Kenderaan

  • Sebutkan:

    • "Lampu brek ketiga bagus."

    • "Bonet bagus."

    • "Lampu belakang bagus."

    • "Lampu isyarat belakang bagus."

    • "Bumper bagus."

    • "Nombor plat (sebut nombor plat) bagus."


3. Pemeriksaan Peralatan dan Enjin

D. Peralatan & Tayar Ganti

  • Buka bonet belakang.

  • Sebutkan:

    • "Segi tiga amaran ada."

    • "Kit pertolongan cemas ada."

    • "Alat-alat (tools) ada."

    • "Tayar ganti ada."

    • "Fizikal tayar bagus, angin cukup, bunga tayar ada."

  • Tutup bonet belakang.

E. Bahagian Sisi Kanan Kenderaan

  • Pemeriksaan ini adalah sama seperti bahagian sisi kiri kenderaan. Ulangi proses yang sama.

F. Bahagian Enjin Kenderaan

  • Buka bonet hadapan dan tongkatkannya.

  • Sebutkan:

    • "Paras air bateri cukup." (Jika kelihatan)

    • "Paras air tangki simpanan radiator cukup." (Buka penutup jika tidak panas. Jika panas, cukup sebutkan paras air cukup)

    • "Keadaan radiator bagus."

    • "Hos bagus."

    • "Tali sawat bagus." (Jika berbulu atau rosak, sebut "tidak bagus")

    • "Paras minyak enjin cukup." (Tarik pencucuh untuk periksa)

    • "Paras air pengelap cermin cukup." (Buka penutup jika tidak panas. Jika panas, cukup sebutkan)

    • "Paras minyak brek cukup."

    • "Paras minyak stereng cukup." (Sebut jika ada)


Semoga ilmu ini bermanfaat untuk anda. Saya doakan anda semua berjaya lulus dengan cemerlang, aamiin.

 

(bayangkan korang buat RPK kat kereta ni)




Gambar enjin boleh tengok2 di bawah ni. 




~ TAMAT~