Tuesday, August 27, 2024

Hak

Pilihlah pasangan yang mana bila kita bersamanya, semakin bertambah nilai hidup kita, semakin dekat kita kepada Allah. Aamiinn. Semoga kita semua dikurniakan pasangan yg baik2.

Semua maklum yg mmasing-masing hidup dengan tanggungjawabnya. Suami ada haknya, dan isteri pun ada haknya. Dalam rumah tangga, dianjurkan untuk mendahulukan hak suami. Kelunakan islam, kalau hak lain-lain boleh buat mana yang mampu saja, tapi untuk suami cuba buat sedaya upaya. Seorang isteri:

  1. Wajiblah seorang isteri mengekali malu ke atas suaminya.
  2. Menghormati suami (merendahkan mata pada hadapannya)
  3. Mengikut suruhan suami
  4. Diam tatkala suami berkata
  5. Berdiri tatkala datangnya, dan keluarnya.
  6. Mendatangi suaminya tatkala hendak tidur
  7. Memakai bau-bauan.
  8. Dan bersungguh membaikkan bau mulutnya
  9. Mengekali perhiasannya ketika ada suaminya dan meninggalkan perhiasannya ketika tiada suaminya.
  10. Jaga harta suami
  11. Memuliakan isi rumahnya, Cth: mentua, ipar duai, anak kepada suamimu.
  12. Menghargai pemberian suami, walau yg sikit, kecil, cantik atau tak cantek
  13. Keluar rumah dengan izin suami.
  14. Jangan suka minta cerai tanpa hak.
  15. Menjaga diri, aurat drpd dipandang ajnabi.

Laki-laki kena buat wanita taat pada Allah, taat pada suami bermakna taat pada Allah. Bukan suka-suka taat. Sebab tu dua-dua laki bini kena ngaji, supaya tahu. Isteri tahu apa, dan bila nak taat. Suami tahu nak taat pada siapa, apa nak buat, apa yang patut isteri taat, supaya masing-masing dapat hak masing-masing, dapat seimbang rumah tangga.

Insya Allah kalau suami memudahkan bagi isteri untuk taat, boleh jadi isteri berubah dari baik, kepada lebih baik. Bantulah isteri, ringan-ringankan tugas dia agar mudah untuk dia taat.

Wahai wanita hamba Allah, takutlah kamu pada tuhan kamu.

Orang melihat wanita yang hidupnya di jalani dengan penuh sebagai wanita Islam yang taat sebagai terkongkong. Padahal merekalah yang paling bebas kerana mereka tidak terikat dengan dunia. Tidak terikat ni contohnya "beauty standard", "feminism", "Body goal", "life goal" and etc.

Undang-undang antara suami isteri ini daripada Allah SWT supaya selamat, damai rumah tangga,

Jangan pernah menjadikan agama ini sebagai beban, atau sebagai sesuatu beban yang menghambat kehidupan manusia. Itu salah.

Agama adalah solusi kehidupan. Kalau kamu menjadikan agama ini sebagai sebuah beban kehidupan, yang salah bukan agamanya, tapi yang salahnya adalah persepsi kamu terhadap agama.

Jadilah seorang isteri yang benar dalam pandangan Allah.



Sunday, August 11, 2024

Ujian Allah

 we can't change the person that we love, but we can change ourself for our love one.

Masha allah, tabarakallah, di sini lagi mengarang cerita berdasarkan yang dilalui sehari - hari. Alhamdulillah.

Perkongsian hari ini berkenaan, "kita tak boleh ubah orang". Cubalah sekuat mana pun, tetap lumrah dlm kehidupan kita tak dpt nak ubah orang. Allah sendiri cakap, dia takkan ubah org yang tak nak ubah diri dia. 

Dari ayat tu kita dah boleh faham, perubahan daripada sesorang tu mesti kena dtg daripada kehendak diri dia sendiri. Kalau ada pun yg berubah sebab org lain, Alhamdulillah mungkin tak banyak, semuanya dengan izin Allah jugak.

Bilamana kita sangat mengharapkan perubahan daripada seseorang yg kita sayang, tapi tidak berlaku sepertimana yg kita hendak, ingatlah semuanya yg berlaku sesuai dengan qada dan qadar Allah. Tiada daya dan upaya kita sebagai seorang hamba yang lemah.

Tapi, ada jalannya. Jalan untuk menuntun hati agar tenang dan redha dgn ujian yg datang. Hati kalau tidak di jaga, amat mudah untuk menyalahkan takdir, sekaligus menyalahkan yang Maha Mengatur, Allah SWT. 

Keras macam mana pun hati kita menentang takdir yang telah di tulis sejak azali, akhirnya yg kita dpt hanyalah "sakit". Marilah lihat ujian dari sisi yang lain. Mungkin kita tersalah jawab akan "ujian" yang diberi, yang menyebabkan kita menduduki "ujian" yang sama.

Lihat dan baca "ujiannya". Fahami dgn pandangan hati. Mungkin ada yang perlu kita ubah, untuk menyesuaikan dgn jawapan yang sebenar kepada "ujian" itu tadi.

Sabar. Doa. Tawakal. Libatkan Allah dalam apa jua keadaan kita. Bila "ujian" sudah lulus, percayalah, kita akan rasa seolah-olah tidak pernah di uji. Kerana "ujian" itu khas dicipta untuk memperbaiki keadaan kita, kerana Allah Sayang maka Allah uji. Ujian itu sesuai utk kita, tepat pada waktunya dan tidak pernah salah. Jalanilah dgn taat kepada Allah. Fokus hanya pada yg memberi ujian, maka setelah itu pasti manis dan bahagia yang dikecapi, kerna kita faham dan nampak kasih sayang Allah pd kita. Hasbunallahu wani'mal wakiil.

Sekian,