Friday, May 16, 2025

Selawat Miftahur Rahmah (Pembuka Rahmat)

MasyaAllah, doa selawat yang sangat indah dan penuh makna.

Selawat ini dikenali sebagai Selawat Miftahur Rahmah (Pembuka Rahmat). Ia membawa maksud yang mendalam tentang kecintaan kepada Rasulullah ﷺ dan pengharapan kepada rahmat Allah yang luas.

Maksud secara umum:

“Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, kunci pembuka rahmat Allah, sebanyak bilangan yang ada dalam ilmu Allah, selawat dan salam yang berterusan selama-lamanya, dengan kekalnya kerajaan Allah.”

Selawat ini bukan sahaja memohon rahmat, malah ia satu bentuk zikir yang sangat kuat kesannya dalam melapangkan hati, menjemput keberkatan, dan menjadi sebab turunnya rahmat dalam hidup kita. Bila diamalkan dengan ikhlas, ia memberi kekuatan luar biasa untuk hadapi apa saja ujian.




Habib Ali Zaenal Abidin menceritakan, ijazah pertama yang Beliau terima daripada gurunya Al Habib Umar bin Hafidz adalah ijazah selawat Al Habib Ali bin Muhammad bin Hussein Al-Habsyi seperti gambar diatas.

Dibaca 300 kali setiap hari. Mudah²an dimudahkan segala kesulitan dan dicukupkan kekurangan.

Teruskan amal selawat ni ya… kadang satu selawat boleh jadi penyebab Allah permudahkan seluruh urusan kita. 🌹

💌 Jemput Tinggalkan Komen

Kongsikan di ruangan komen ya. Saya suka baca feedback dari pembaca 💬

No comments:

Post a Comment